BERITA perkahwinan pelakon Jasmin Hamid secara tiba-tiba dengan pengurus sendiri pada petang Jumaat lalu mengejutkan peminat dan rakan selebriti.
Turut melahirkan rasa teruja ialah jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang tersentuh hati dengan keikhlasan Jasmin mengejar kebahagiannya dalam berumah tangga.
Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, dia terharu selepas membaca laporan mStar berhubung perkahiwnan serba sederhana Jasmin, 47, dengan pasangannya Nazmir Abd Rahim yang berusia 35 tahun.
“Ia sangat menyentuh hati. Saya terduduk dan termenung selepas membaca berita tentang Jasmin Hamid.
“Sekarang ni musim janda mengawan ke?” kata Vida ketika dihubungi mStar.
Vida sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dia dan bekas pembantunya, Ahmad Iqbal Zulkefli mencetuskan beberapa siri kontroversi berbekalkan cerita cinta mereka.
Bagaimapun kisah percintaan mereka tidak bertahan lama selepas Iqbal membatalkan hasratnya untuk memperisterikan Vida.
Terdahlu menerusi laporan mStar pada Sabtu, Jasmin berkata tiada keperluan untuk meminta hantaran mewah daripada suaminya itu selain enggan membebankan pemuda berkenaan.
Ia sangat menyentuh hati. Saya terduduk dan termenung selepas membaca berita tentang Jasmin Hamid.
Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmir selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.
Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.
Vida bimbang dengan keadaan Cik B selepas gadis ini disahkan p0sitif C0vid-19.
Dalam perkembangan lain, Vida berkata dia bimbang mengenangkan anak sulungnya iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin positif Covid-19.
Kata Vida walaupun Cik B, 16, tidak menunjukkan simptom yang buruk, namun sebagai ibu dia tetap berdoa agar anaknya itu segera pulih.
“Harini Cik B banyak baring je, tapi dia cuba nak gembirakan diri kat dalam bilik sebab tak ada apa yang boleh buat.
“Dia kena varian Delta sebab simptom demam yang berlarutan selain tak ada deria bau, tak ada selera makan dan dia banyak tidur.
“Syukur saya tak ada apa-apa, tapi saya lebih bimbangkan Cik B ni sebab dia tak lengkap dua dos lagi,” katanya.
Bercerita lanjut, Vida berkata dia masih hairan bagaimanapun Cik B boleh dijangkiti virus maut itu.
“Saya pun hairan macam mana boleh dapat, dia tak pergi mana-mana kecuali dia ikut bercuti dengan saya selasa 14 hari, tak ada pergi mana-mana pun.
“Sebelum ini Cik B alami batuk berdarah, tak tahu pula kenapa,” katanya.
Pada Jumaat Cik B mengesahkan dia positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya,” katanya.
Jasmin Hamid tak pernah jangka dapat kahwin lagi dengan anak teruna, buka cerita kenapa hanya minta hantaran keperluan solat
SELEPAS sehari bergelar isteri kepada pengurus sendiri, pelakon versatil Jasmin Hamid berkata dia masih seperti bermimpi kerana tidak pernah menyimpan perasaan istimewa terhadap jejaka berkenaan.
Cerita Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 47, segala bermula selepas suaminya Nazmir Abd Rahim, 35, berkata mahu terus menjaganya lebih daripada seorang pengurus dan artis.
“Kami tak pernah bercinta, orang kata bercinta selepas kahwin saja. Lagi pun dia dah jaga saya selama lapan tahun sebagai PA (pembantu peribadi), dia tahu baik dan buruk saya.
“Dia kata daripada saya jaga akak ni sebagai artis, baik saya jaga secara halal. Dia panggil kakak tau… sebab kita awalnya macam adik dan kakak.
“It’s not easy for me. Sebab sebelum ni saya tidur sendiri sekarang saya kena share everything. Dia tahu saya ni macam harimau, jadi dia je dapat jinakkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmin selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jasmin Hamid bersyukur anak-anak dapat terima kehadiran orang baru bergelar bapa.
Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.
Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.
Rata-rata netizen juga memuji tindakan pelakon tersebut yang tidak membebankan suami dengan meminta hantaran yang tinggi sebaliknya memudahkan segala urusan.
It’s not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak
“RM80 tu saya ikut nilai di Wilayah Persekutuan dan minta sepersalinan alat solat sebab benda tu saya pakai.
“Kalau dia nak bagi cincin atau benda-benda lain, semua tu saya dah ada… saya tak pakai.
“Orang kata ukur baju di badan sendiri saya tahu kerja dia sebagai apa. Kalau dia nak ke level saya susah la untuk dia.
“Rezeki di tangan Allah, dia pun bukan datang daripada keluarga kaya. Malah kalau dia kaya sekalipun saya akan tetap minta itu juga,” ujarnya.
Pernikahan Jasmin Hamid dihadiri oleh keluarga terdekat dengan SOP yang ketat
Dalam pada itu mengulas mengenai pernikahannya ini, Jasmin bersyukur anak-anak dapat menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka sebagai bapa.
Selain berasa gembira bergelar isteri dia akui terpaksa turut kepada suami.
“Anak semua okay sebab mereka kenal Nazmir. Mereka kata kalau mak happy, mereka pun happy. Family saya pun terima.
“Sampai sekarang saya tak percaya ni, aku tengok muka dia, dia tengok muka aku… lepas tu tanya betul ke ni?
“It’s not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak,” katanya.
No comments: