BAKAL menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi, usahawan kontroversi Kak KM mengakui teruja dan tidak sabar membilang hari menanti kelahiran bayi perempuan itu.
Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli memberitahu ini merupakan anak terakhirnya kerana dia dan suami tidak lagi mempunyai perancangan untuk menambah zuriat lagi.
Justeru itu, dia berharap anak yang bakal dilahirkan kelak memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan.
“InsyaAllah, pertengahan bulan Disember nanti lahirlah anak keempat saya ini. Ini anak terakhir, cukuplah tak mahu tambah lagi dah sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi.
“Selepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu, sebab saya ni jenis subur, cepat lekat… apa-apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa saya jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli.
“Saya mengandungkan anak keempat ni dalam keadaan bisnes maju, jadi saya harap boleh ajar dia buat bisnes dan mungkin ada produk untuk dia nanti. Sama ada dia akan ikut cara saya itu tak pastilah… tapi kalau boleh bergelek macam mak dia apa salahnya kan?” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram, Kak KM berkongsi video dan gambar mengadakan majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga di sebuah lokasi.
Dalam video dikongsi itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini mengumumkan dirinya hamil anak perempuan.
“Kita buat majlis kecil-kecil saja untuk keluarga… semua tak tahu jantina bayi, saya seorang saja tahu, memang nak buat kejutan untuk mereka semua.
“Saya tak pernah rancang apa jantina anak, asalkan sihat syukur Alhamdulillah… tapi suami dengan anak lelaki saya mengharapkan seorang lagi lelaki sebab dalam rumah hanya mereka berdua je lelaki.
“Fasal jantina ni manalah kita boleh tentukan, tak kisahlah asal semuanya baik-baik sahaja, ni last lepas ni tutup kilang dah,” ujarnya.
Walaupun majlis itu diadakan secara tertutup bersama keluarga, namun pakaian Kak KM yang berpakaian seksi tetap mengundang kecaman netizen.
“Alhamdulillah la kalau ada yang kecam, rezeki masuk lagi… tak kisahlah orang nak kata apa pun sebab kita ikut tema.
“Kalau pergi orang kahwin kita pakai baju ke tempat orang kahwin, pergi kolam renang kita pakai baju berenang, mestilah ada tema. Ada saja yang tak kena,” katanya.
VIDEO KAK KM MENARI BERSAMA KELUARGA TARIK PERHATIAN
VIDEO :
View this post on Instagram
KOMEN NETIZEN :
Sumber : IG Eja Fariza
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright
No comments: