Pengantin baru digilir suami dan adik ipar, abang ipar dan empat lagi lelaki pada malam pertama sehingga pagi

 


Malang nasib seorang pengantin baru apabila dia bukan sahaja dirogol suaminya, malah turut diratah oleh saudara mara kepada suaminya pada malam pertama perkahwinannya, lapor India Today. 

Dalam kejadian di Kurukshetra, India, itu, mangsa, mendakwa suaminya bersama dengan adik ipar, abang ipar dan empat lagi lelaki lain yang tidak dikenali telah merogolnya sehingga pagi.

Mangsa membuat laporan dan pihak polis mendaftarkan kes terhadap suaminya, adik ipar, abang ipar, ibu dan bapa mertua, kakak ipar serta empat lagi lelaki terbabit. 

Inspektor Sheelavanti dari Balai Polis Kurukshetra mengesahkan pendaftaran FIR (First Information Report).
"Kes itu telah dipindahkan kepada kami dari Balai Polis Kurukshetra yang telah mencatatkan FIR. Menurut aduan, wanita itu dirogol beramai-ramai pada 13 dan 14 September.

"Kami telah membuat pemeriksaan perubatan dan sampel telah dihantar untuk satu ujian makmal," katanya. 

Menurut laporan yang dibuat, wanita berusia 22 tahun itu berkahwin pada 12 September. Pada malam 13 September, dia diberi minuman keras oleh suaminya dan saudara-saudaranya. Dia dikurung di dalam sebuah bilik ketika tidak sedarkan diri. Adik dan abang ipar wanita itu merogolnya pada 13 September.

Seperti yang dirancang oleh suaminya, bapa, ibu dan kakaknya serta empat ahli petapa tantrik dipanggil untuk mengadakan upacara 'pooja' pada 14 September, yang mana kemudian turut merogol wanita itu beramai-ramai.

Tertuduh juga dikatakan mengancam untuk membunuh wanita tersebut. Bagaimanapun, belum ada sebarang tangkapan dibuat pada waktu ini.

Sumber: India Today, Sinar Harian
Pengantin baru digilir suami dan adik ipar, abang ipar dan empat lagi lelaki pada malam pertama sehingga pagi Pengantin baru digilir suami dan adik ipar, abang ipar dan empat lagi lelaki pada malam pertama sehingga pagi Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:45 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.