Ibarat merpati dua sejoli, begitulah digambarkan dengan pelakon Puteri Aishah dan lelaki pilihan hatinya Muhammad Firdaus Sulaiman selepas diijab kabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pagi semalam.
Selain kecantikan pelakon berusia 27 tahun itu, suaminya yang juga ahli perniagaan turut mencur1 perhatian warganet yang disifatkan mempunyai rupa paras segak dan sedap mata memandang.
View this post on Instagram
Bagaimanapun berdasarkan komen netizen, terdapat segelintir berpendapat bahawa wajah lelaki berusia 28 tahun itu seiras Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen terutama jika dilihat dari bahagian sisi.
KOMEN NETIZEN :
Malah, menerusi komen di foto majlis resepsi di laman Instagram milik pelakon Rahimah Tanpa Rahim itu, terdapat juga netizen mengatakan wajah Firdaus seperti aktor di dalam drama Thailand.
View this post on Instagram
Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan namun tidak berkongsi mengenai jumlah wang hantaran.\
View this post on Instagram
Pasangan tersebut menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah beberapa kali dit4ngguh akibat w4bak CVD-19
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: OMM
No comments: