Gara2 rompak RM 70 ringgit pengangur dipenjara 8 tahun..

"Tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Ngah Taib, 79, serta mengambil wang tunai RM70 milik mangsa."

KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana merompak wang tunai RM70 milik seorang warga emas sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, pada April lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Budiyono Udin, 35, dari Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong, Marang selepas mengaku salah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Ngah Taib, 79, serta mengambil wang tunai RM70 milik mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Telaga Mengkudu, Bukit Payong, Marang lebih kurang jam 9.30 pagi, pada 24 April lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, lebih kurang jam 9.30 pagi, pada 24 April lalu, semasa mangsa sedang membersihkan halaman rumahnya, telah datang seorang lelaki tidak dikenali meminta wang dan terus menyeluk poket baju mangsa sebelah kiri dan terus mengambil wang berjumlah RM70.

Kemudian, lelaki tersebut (tertuduh) mengambil kayu papan lantai yang berada atas longkang di kaki lima rumah mangsa sebelum bertindak memukul mangsa di bahu sebelah kiri sehingga menyebabkan warga emas itu jatuh.

Masih tidak berpuas hati, tertuduh bertindak mengambil parang yang sedang dipegang mangsa tetapi sempat dihalang mangsa sebelum berlaku tarik menarik berebut senjata terbabit di antara mereka.

Mangsa yang mengalami kecederaan terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan bagi tindakan susulan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 5 Ogos lalu.

Gara2 rompak RM 70 ringgit pengangur dipenjara 8 tahun.. Gara2 rompak RM 70 ringgit pengangur dipenjara 8 tahun.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:49 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.