Seorang lelaki warga emas yang tergamak menjadikan seekor kambing betina tempat melempiaskan nafsu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se.ksyen Kuala Kubu Bharu di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kambing tersebut.
Tertuduh Shaari Hasan, 60, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Mengikut pertuduhan, Shaari yang juga seorang duda didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan iaitu seekor kambing betina di belakang sebuah rumah, Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini pukul 1.30 tengah hari pada 27 Julai lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377 Kanun Kese.ksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala Shaari diwakili peguam Zolazrai Zolkapli .
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Pada Julai lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki warga emas sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat melempias nafsu dalam satu kejadian di Hulu Selangor.
Kejadian tersebut disedari seorang wanita tempatan berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Ketua Po.lis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima satu laporan po.lis dari wanita terbabit pada pukul 6.24 petang di Balai Po.lis Serendah, Ibu Pejabat Po.lis Daerah (IPD) Hulu Selangor.
Menurut po.lis, berdasarkan laporan, wanita berkenaan telah pergi melihat di kandangnya selepas mendengar kambingnya mengembek dan mendapati terdapat seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bo.gel bangun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.
Namun selepas menyedari kehadiran wanita terbabit, susp.ek telah melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati. – K! ONLINE
No comments: