Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal setelah hampir tiga bulan pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Bagaimanapun Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib bersyukur melihat keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.
“Saya akui sukar untuk saya hadapi bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu paling susah.”
“Bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya saya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara.”
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.
“Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua, saya hanya boleh pergi ke kubur dan berkongsi dengannya.”
“Sebab tu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.”
“Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.”
“Tapi saya bersyukur ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya,” ujarnya.
No comments: