Cerita sebenar Kecoh rakaman hanya meminta sedekah kena ‘flying kick’ dengan lelaki kacak di Alor Setar hingga melambung keluar kedai


Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, masyarakat juga dilihat turut terkesan dengan keadaan itu sehingga ramai yang mengadu hidup dalam kesusahan akibat tiada pekerjaan.

Oleh sebab itu, jumlah pengangguran semakin meningkat sehingga memaksa segelintir masyarakat ‘bekerja’ sebagai peminta sedekah demi sesuap nasi.

SEORANG lelaki yang dikatakan peminta sedekah tiba-tiba ditendang oleh seorang individu lain selepas didakwa melakukan perkara itu di sebuah kedai makan walaupun telah ditegur beberapa kali.

Video peminta sedekah itu ditendang juga tular di media sosial dan difahamkan berlaku di sebuah kopitiam di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Nur Hana Zamri, dia berada di lokasi kejadian ketika peminta sedekah itu terkena ‘flying kick’ oleh seorang lelaki.

“Dia ini selalu mintak sedekah di situ. Jabatan Kebajikan Masyarakat dah larang minta jangan bagi duit dekat dia.

“Kopitiam siap letak mula dia dilarang masuk. Awal tu anggota Rela dah larang suruh dia keluar elok-elok.

“Tapi dia masuk jugak keliling satu kopitiam lepas itu maki Rela dan acah-acah ambil benda macam nak pukul Rela dan ganggu pelanggan. Payung yang dia pegang tu dia nak pukul Rela tu sebab tak bagi dia mintak sedekah,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook bernama Ija Zamm berkata, dia juga berada di lokasi sama ketika kejadian berlaku.

Ujarnya, peminta sedekah itu memang hendak pukul anggota Rela itu dengan payung dan dia bersama keluarga berada di sebelah anggota itu sahaja.

“Terkejut saya nasib baik tak angkat kuey teow goreng dan teh ais bawa lari masuk dalam.

“Tapi satu nak beritahu, adik ‘handsome’ yang buat flying kick tadi tu memang dahsyat. Macam Tony Jaa,” katanya.

Tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa dan pemilik kopitiam terbabit setakat ini, sementara motif sebenar kejadian juga belum dapat dipastikan.

Perkongsian video berdurasi 17 saat itu juga memaparkan aksi pertengkaran antara mereka berdua selepas lelaki berkenaan meluru pantas mendendang peminta sedekah itu keluar dari restoran tersebut.

Kerap minta sedekah dan pernah diberi amaran oleh KKM?
Selain itu, terdapat juga pendedahan daripada seorang individu yang tampil memberikan penjelasan selepas mendapat info daripada salah seorang saksi di tempat kejadian.

Menurut seorang pengguna Facebook, peminta sedekah itu dikatakan pernah ditahan dan diberi amaran agar tidak meminta sedekah di kawasan tersebut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal itu selepas dirinya sering meminta sedekah di kawasan itu sehingga terdapat premis yang melekatkan poster mengenai larangan individu tersebut untuk masuk.

Difahamkan juga, peminta sedekah itu dikatakan ingin memasuki sebuah kedai sebelum dilarang oleh pihak dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bengang dengan larangan tersebut, peminta sedekah itu dipercayai ingin menyerang anggota RELA itu sebelum berlakunya aksi flying kick tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi



Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat seakan-akan mengecam tindakan lelaki tersebut serta si perakam kerana tiada usaha meleraikan pergaduhan itu.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 400 tanda suka serta dikongsikan sebanyak 130 kali.

Kredit: Facebook Mat Perang

Cerita sebenar Kecoh rakaman hanya meminta sedekah kena ‘flying kick’ dengan lelaki kacak di Alor Setar hingga melambung keluar kedai Cerita sebenar Kecoh rakaman hanya meminta sedekah kena ‘flying kick’ dengan lelaki kacak di Alor Setar hingga melambung keluar kedai Reviewed by OH! GILA MEDIA on 4:30 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.