Suami lapor didera isteri "Dibaling dengan lesung, dijadikan beg tumbuk, dirotan "


Gambar Sekadar Hiasan

Selangor merekodkan 5 kes keganasan rumah tangga membabitkan suami menjadi mangsa sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 3 Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Siti Mariah Mahmud berkata semua mangsa berumur 18 hingga 60 tahun itu didera isteri secara fizikal dan emosi.

“Mangsa kelima-lima kes ini membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kita dapati ia berlaku dalam tempoh PKP,” katanya di lobi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Bagaimanapun, beliau percaya jumlah kes keganasan rumah tangga membabitkan mangsa dalam kalangan suami di Selangor sebenarnya lebih daripada yang dilaporkan.


Ini kerana, katanya, kebanyakan mangsa tidak membuat laporan atas pelbagai sebab, termasuk malu, tidak mahu digelar dayus serta masih menyayangi isteri.

“Semasa PKP, saya juga menerima laporan seorang suami cedera di mata akibat ditumbuk isteri, tetapi kita hanya dapat bagi bantuan tempat perlindungan, berikutan mangsa tidak mahu membuat laporan.”

Beliau menasihatkan mangsa keganasan rumah tangga tidak malu membuat laporan supaya bantuan susulan dapat diberikan agensi berkaitan.

Jadi mangsa keganasan rumah tangga termasuk dicederakan secara fizikal Bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sebaliknya 56 lelaki turut direkodkan mengalami nasib sama di negara ini. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan lelaki malang terbabit menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari Jun 2017 hingga Jun tahun lalu. 

Beliau berkata, jumlah itu adalah 5.4 peratus daripada 1,037 keseluruhan kes. “Kes paling tinggi dilaporkan adalah 484 kes iaitu mencederakan mangsa secara fizikal dan 401 kes sengaja membuatkan mangsa dalam keadaan ketakutan. 

“Manakala sebanyak 69 kes adalah penderaan secara psikologi dan emosi serta 30 kes melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran, ” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, semalam. 

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) yang mahu tahu jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2017 hingga kini dan jenis keganasan yang dilaporkan serta langkah membendung gejala itu. 

Yeoh berkata, kementerian sudah memperbaiki pindaan berkenaan Akta Keganasan Rumah Tangga. Katanya, pihaknya juga mempertingkatkan lagi usaha melindungi mangsa dengan cara memberi perintah pelindungan sementara, memindahkan mangsa supaya tinggal berasingan atau kembali ke rumah ibu bapa dan saudara mara

Suami lapor didera isteri "Dibaling dengan lesung, dijadikan beg tumbuk, dirotan " Suami lapor didera isteri "Dibaling dengan lesung, dijadikan beg tumbuk, dirotan " Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:39 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.