Baru 5 Hari Kahwin Isteri Menangis, Ini Ysng Berlaku Kepada Caprice



Sejak bergelar suami dan bapa, penyanyi rap Caprice tidak lokek berkongsikan video dan gambar bersama isteri dan anak tirinya, Alesya Sofea.

Rata-rata netizen memuji Caprice yang dilihat mempunyai hubungan akrab dengan anak tirinya dan siapa sangka penyanyi itu sangat penyayang dengan kanak-kanak.

Terbaru, Caprice meluahkan rasa susah hati apabila melihat isterinya menangis berikutan ramai mengecam anak tirinya menerusi video baru-baru ini dimana kanak-kanak itu duduk di bahu.

Caprice berkata isterinya selalu menegur Alesya jika dia mula bertindak lebih dari kawalan, namun Caprice berkata dia sendiri yang membiarkan kerana sedar bahawa anak tirinya itu masih kanak-kanak lagi.

Bagaimanapun, Caprice memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tersebut kerana dia hanya mahu anaknya itu membesar seperti kanak-kanak lain.

Dalam pada itu, Caprice menegaskan netizen boleh berkata apa sahaja tentang dirinya dan isteri namun tidak pada anak mereka.

Baru 5 Hari Kahwin Isteri Menangis, Ini Ysng Berlaku Kepada Caprice Baru 5 Hari Kahwin Isteri Menangis, Ini Ysng Berlaku Kepada Caprice Reviewed by OH! GILA MEDIA on 10:31 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.