Puas Hati SAYA Makan Ikan Siakap Dengan Hanya Bil RM918 Je - Sekali DSV Minta PENIAGA VIRAL Lakukan Nih..

"Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik. Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket.

"Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah," demikianlah ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida apabila dia berpuas hati dan rasa berbaloi makan ikan siakap berharga RM918 ketika mengunjungi restoran viral ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi laman Instagram, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya, Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.

Vida yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih. Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas isu berkenaan. Dia juga memberi peluang peniaga itu untuk menjelaskan berkenaan isu viral itu.

"Selepas itu itu tidak macam biasa (pelanggan), perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap. Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar. Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order," katanya.

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing.


Puas Hati SAYA Makan Ikan Siakap Dengan Hanya Bil RM918 Je - Sekali DSV Minta PENIAGA VIRAL Lakukan Nih.. Puas Hati SAYA Makan Ikan Siakap Dengan Hanya Bil RM918 Je - Sekali DSV Minta PENIAGA VIRAL Lakukan Nih.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:20 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.