Setelah Tauke Mengaku Sah Bergelar Suami Isteri, Sekali Ini Komen Isteri Ke 2 Cukup Padu Isu Perampas Atau Tidak

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelawak Tauke Jambu menjadi sebutan netizen selepas tular video seorang lelaki miripnya dengan wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin.

Rakaman video pendek memperlihatkan Tauke bersama wanita itu di muat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok sebelum ia dikongsi semula di Instagram.

Pemilik TikTok berkenaan turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga wanita itu bahagia bersama suami tersayang.

“Congratulations Shu (nama pengantin perempuan), semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan saya… saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak,” kata individu berkenaan.

TAUKE JAMBU DEDAHKAN PERKARA SEBENAR

AKHIRNYA Tauke Jambu tampi memberi penjelasan selepas video pernikahannya tular di media sosial bersama seorang wanita.

Menjawab dakwaan tersebut, dia telah mendapat restu dan keizinan daripada isterinya Nadia untuk berkahwin.

“Pernikahan saya dengan Shu dapat restu daripada isteri saya Nadia.

“Shu juga dah berjumpa dengan isteri saya bekenalan, mereka pun tak ada apa-apa masalah,” katanya kepada mStar.

Menurut Tauke Jambu, majlis pernikahan itu berlaku di satu lokasi di USJ. Menurut Tauke, ibu bapa pengantin turut juga hadir.

Wartawan tanya kenapa Tauke Jambu merahsiakan perkahwinan dia. Menurut Tauke, dia tidak mahu menunjuk nunjuk bahawa dia telah berkahwin lagi.

ISTERI KEDUA TAUKE JAMBU BERI KENYATAAN.

Menurut Shu, dia mengenali Tauke dari tempat kerja. Dan hubungan dia bersama isteri pertama Tauke tiada apa apa masalah.

Shu turut memberitahu perkahwinan ini terjadi di atas keizinan dari isteri pertama Tauke Jambu.

VIDEO:

Jadi tiada apa apa masalah dan majlis semua berjalan dengan lancar. Tiada isu Tauke mempermainkan isteri kerana isteri pertama beliau merestui perkahwinan ini.

Jadi, selamat pengantin baru Tauke Jambu dan semoga berbahagia dan adil dan saksama antara kedua dua orang isteri.

Sumber : MSTAR ONLINE

Setelah Tauke Mengaku Sah Bergelar Suami Isteri, Sekali Ini Komen Isteri Ke 2 Cukup Padu Isu Perampas Atau Tidak Setelah Tauke Mengaku Sah Bergelar Suami Isteri, Sekali Ini Komen Isteri Ke 2 Cukup Padu Isu Perampas Atau Tidak Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:23 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.