Peniaga Warung digantung, kerana bunuh pertahankan diri dari perompak

 


Tular di media sosial penubuhan sebuah kumpulan ‘Selamatkan Zulkifli’ di laman Facebook yang kini mencecah 71,000 pengikut yang turut menyiarkan pelbagai kenyataan negatif mempertikai kuasa polis menangkap Mohamed Zulkifli, seorang peniaga warung selepas kejadian dan proses perundangan.

Penubuhan kumpulan ini adalah berikutan daripada kes pembu nuhan dan mencede.rakan 2 pengutip besi buruk oleh Mohamed Zulkifli Ismail, peniaga warung tersebut pada 10.30 pagi 7 Disember 2015 di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman, Terengganu. Penubuhan kumpulan ‘Selamatkan Zulkifli’ adalah kerana mendakwa Zulkifli mempertahankan diri dan keluarga daripada rompakan 2 orang pengutip besi tersebut.

2 orang pengutip besi tersebut adalah Zulkefle Abdullah, yang telah m4ti dibu.nuh dan rakannya, Faizul Awang, seorang OKU kudung kaki kanan yang cede.ra parah.

Mengikut fakta kes, ketika kedua-dua mangsa sedang mencari besi buruk dan berhenti di kawasan rumah Mohamed Zulkifli selepas melihat terdapat besi buruk di kawasan itu. Peniaga warung tersebut secara tiba-tiba meluru ke arah Zulkefle dan meni.kam dada kanannya serta meni.kam Faizul menggunakan parang.

Mahkamah Tinggi pada 27 Mei 2018 telah menjatuhkan huku.man penjara 14 tahun ke atas Mohamad Zulkifli kerana menyebabkan kecede.ran parah kepada Faizul dan huku.man itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 10 Disember 2019.

Huku.man M4ti Terhadap Peniaga Warung

Namun, semalam (25 Oktober 2021), Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan huku.man m4ti ke atas peniaga warung tersebut.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan terakhir Mohamad Zulkifli Ismail, 56, selepas berpuas hati bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi bergantung kepada keterangan yang relevan dan alasan penghakiman dikemukakan adalah lengkap dan teliti.

“Mahkamah berpendapat hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah dari segi undang-undang dan fakta dalam memberikan keputusan.

Rayuan Tidak Mempunyai Merit Ditolak Panel 3 Hakim

“Isu yang dibangkitkan oleh perayu (Mohamad Zulkifli) tidak mempunyai merit. Oleh itu, sabitan terhadap perayu adalah selamat dan rayuan perayu ditolak,” kata Hakim Ong yang turut bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Panel 3 hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Mohamad Zulkifli dan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah.

Sebelumnya, peniaga warung tersebut telah disabitkan dengan pertudu.han dan dijatuhi huku.man gantung sampai m4ti oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Mei 2020 kerana membu.nuh Zulkefle Abdullah.

Terdahulu, Ariff Azami berhujah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membu.nuh mangsa dan hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana gagal mempertimbangkan bahawa tika.man tunggal pada dada kanan mangsa bukan dilakukan dengan sepenuh kekuatan serta senjata tidak ditinggalkan terus pada dada mangsa.

“Jika perayu berniat membu.nuh lelaki itu, sudah pasti tika.man adalah lebih dalam atau perayu meni.kam organ penting seperti dada sebelah kiri atau perut,” kata peguam itu.

Bagaimanapun, Hakim Abdul Rahman mencelah dan menyatakan pakar patologi Dr Sri Marni Zainal Abidin dalam keterangannya berkata lu.ka sedalam 10cm memadai untuk menyebabkan kecede.raan dan kem4tian kepada mangsa kerana tika.man itu menyebabkan salur darahnya terputus.

Nahra pula berhujah bahawa perayu mengetahui parang yang digunakannya boleh menyebabkan kem4tian tanpa perlu mengetahui anatomi badan mangsa.

Akhirnya, Mahkamah Persekutuan mengekalkan huku.man m4ti kepada Mohamed Zulkifli.

Renungan Sisi Positif

Sebagai seorang Muslim, satu sisi positif yang dapat dilihat daripada kes sebegini dimana pesalah telah mengetahui huku.man m4ti yang bakal dihadapi adalah, dia mengetahui bahawa dia mempunyai masa untuk bertaubat sebelum nafasnya dihentikan.

Apa pun, huku.man telah termaktub dan bakal dilaksana. Semoga peniaga warung itu sempat meminta maaf terhadap keluarga kedua-dua mangsa dan taubatnya telah diterima oleh Allah SWT. Semoga keluarganya juga redha terhadap segala ketentuan tersebut. Selebihnya jika ada ketidak adilan di dunia, mahkamah akhirat tetap menanti.

Peniaga Warung digantung, kerana bunuh pertahankan diri dari perompak Peniaga Warung digantung, kerana bunuh pertahankan diri dari perompak Reviewed by OH! GILA MEDIA on 9:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.