Wanita slumber mampu layan 15 lelaki sehari

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu dua buah premis yang menyajikan pelacur wanita warga asing di kawasan Nilai, Negeri Sembilan dan Cheras, Kuala Lumpur dalam satu siri penguatkuasaan Op Gegar pada 6 dan 7 Oktober 2021. Siri Op Gegar ini dijalankan bagi menumpaskan kegiatan pelacuran yang aktif dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Dalam siri Op Gegar ini JIM telah berjaya menahan seramai 16 individu yang terdiri daripada 14 orang warga asing dan dua orang warga tempatan.

Operasi pertama dijalankan pada 6 Oktober 2021 ke atas sebuah premis hotel bajet di Nilai yang menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan wanita warga asing. Hasil risikan mendapati premis ini dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dengan menggunakan pakej perkhidmatan seks yang di tawarkan dengan ‘flat rate’ RM180 bagi satu langganan. Pelanggan perlu memilih wanita dan membuat tempahan terlebih dahulu melalui applikasi ‘Wechat’ dan ‘Telegram’.

Hasil pemeriksaan di premis tersebut, pegawai operasi telah berjaya menahan seramai lima orang wanita warga asing yang terdiri daripada tiga orang wanita warganegara Thailand dan dua wanita warganegara Indonesia yang disyaki melakukan akitiviti pelacuran. Turut ditahan seorang lelaki warganegara Indonesia yang merupakan pelanggan di premis semasa diserbu. Difahamkan, wanita warga asing mampu layan 10 ke 15 orang sehari.Semakan awal mendapati segelintir wanita warganegara asing yang ditahan juga mempunyai kes dadah dan masih dalam proses perbicaraan mahkamah.

Operasi kedua dijalankan pada 7 Oktober 2021 di sebuah hotel tiga bintang di Cheras, Kuala Lumpur. Pergerakan serbuan agak mencabar kerana premis ini dikawal selia melalui CCTV dan ‘Tonto’ yang akan bertindak pantas menghentikan aktiviti serta menutup premis jika dapat mengesan sebarang pergerakan yang mencurigai dari pihak berkuasa. 

Hasil pemeriksaan di premis ini, JIM berjaya menahan seramai lapan orang wanita warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran dan dua orang lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga wanita-wanita ini. Lapan wanita warga asing ini terdiri daripada empat warganegara Indonesia, dua warganegara Thailand dan dua warganegara Vietnam.

Bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa, sindiket pelacuran mendaftarkan bilik-bilik di hotel ini menggunakan nama warga tempatan dan hanya menerima pelanggan yang telah membuat tempahan melalui urusan ‘Wechat’ dan ‘Telegram’.

Perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga dari RM180 bagi tempoh masa 45 minit dan RM1,800 bagi langganan tempoh masa 24 jam atau sehari. Setiap pelanggan terlebih dahulu akan memilih wanita warga asing yang ingin dilanggan melalui aplikasi ‘Wechat’ dan ‘Telegram’. Bayaran perlu dibuat secara atas talian dan selepas itu barulah pelanggan diberikan nombor bilik wanita yang telah ditempah sebelum hadir ke hotel tersebut. 












Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.  Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Rentetan daripada serbuan di dua lokasi ini, JIM telah mengesan dan mengenalpasti beberapa lokasi premis yang merupakan rangkaian sindiket aktif menjalankan aktiviti pelacuran. Operasi penguatkuasaan dan tindakan susulan akan dijalankan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral yang boleh mencemari proses PPN.

Kredit : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Wanita slumber mampu layan 15 lelaki sehari Wanita slumber mampu layan 15 lelaki sehari Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:01 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.