Cerita sebenar mengamuk berbogel tanpa seurat benang keluar rumah

 

MIRI: Seorang lelaki disyaki mengalami tekanan perasaan melarikan diri dari rumah dalam keadaan tanpa pakaian setelah mengamuk di rumah di Taman Tunku di sini.

Susulan kejadian itu, isterinya terpaksa membuat laporan polis meminta bantuan mencari suamiya kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap lelaki itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hakemal Hawari mengesahkan telah menerima satu laporan dari seorang wanita yang mengaku bahawa suaminya telah melarikan diri dari rumah dalam keadaan tanpa pakaian setelah mengamuk di rumah dan wanita tersebut menyatakan suaminya kemungkinan mengalami tekanan jiwa. 


"Laporan polis dibuat oleh wanita tersebut adalah bertujuan untuk memohon bantuan daripada pihak polis untuk mencari suaminya kerana mengkhuatiri perkara yang tidak diingin berlaku ke atas suaminya.

"Berpandukan kepada laporan yang dibuat, pihak Polis telah mengarahkan Unit Peronda MPV dan Unit Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Lapangan Terbang Miri untuk mengesan lelaki tersebut namun lelaki tersebut telah pulang ke rumah pada hari sama, " katanya dalam satu kenyataan.

Masyarakat Miri digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak Polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil segera bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan masyarakat.
Cerita sebenar mengamuk berbogel tanpa seurat benang keluar rumah Cerita sebenar mengamuk berbogel tanpa seurat benang keluar rumah Reviewed by OH! GILA MEDIA on 5:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.