Gara-Gara Muat Naik Foto Mawar Karim Dituduh ‘Lapar Perhatian’ Kritikan Netizen


Semalam, perkongsian foto yang dibuat bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim khabarnya telah menuai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ujar pengguna media sosial tersebut, Mawar seolah-olah sengaja memuat naik sekeping foto bersama aktor Ashraf Muslim yang ditemuinya secara tidak sengaja di Mekah dengan kapsyen ‘saya bukan yang ketiga’ berserta emoji gelak tawa.

Rasanya semua sedia maklum bahawa aktor Ashraf Muslim sudah pun mempunyai dua isteri dan Mawar pastinya hanya berseloroh apabila dia menulis kapsyen seperti itu.

Namun, menjengah ke ruangan komen, lain pula reaksi sesetengah warga maya yang mempertikaikan sebab pemilik jenama tudung Fareeda itu memuat naik foto bersama suami orang.

Enggan mendiamkan diri, Mawar membalas kenyataan netizen yang menuduhnya berbuat demikian kerana inginkan perhatian.

 

Saya ada kerja di sini. Ya, hanya perlu perhatian daripada Allah SWT. Sebab ini saya datang ke sini korban tinggalkan anakanda buat pertama kali.

Difahamkan, kedua-dua personaliti itu telah terserempak di kota suci Mekah di mana mereka berdua kini sedang menunaikan ibadah umrah.

Dalam perkembangan lain, bekas suami Mawar, Fizo telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas pramugari iaitu Fazeera Nazri Azrai,25, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Mawar dan Fizo sebelum ini telah bernikah pada November 2013 namun bercerai enam tahun kemudian. Mereka berdua juga mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Gara-Gara Muat Naik Foto Mawar Karim Dituduh ‘Lapar Perhatian’ Kritikan Netizen  Gara-Gara Muat Naik Foto Mawar Karim Dituduh ‘Lapar Perhatian’ Kritikan Netizen Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:32 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.