Fizo Omar nikah malam ini



DESAS-DESUS Fizo Omar mengakhiri zaman duda nampaknya terjawab apabila aktor tersebut memuat naik sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram pada Khamis malam.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

“Ok abe Joe (Fizo) left group ‘recond’ dulu ok. Apa-apa roger ok. @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo secara ringkas.



Fizo memberi bayangan di Instagram.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut melahirkan rasa syukur atas pernikahan Fizo atau nama sebenanrya Wan Hafizol Wan Omar.

“Tahniah akhirnya abe Joe kahwin juga. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu.

“Syukur Alhamdulillah... Allah pertemukan jodoh. Semoga bahagia hingga ke jannah,” komen netizen.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lebih lanjut mengenai berita gembira itu gagal apabila aktor dan pengurusnya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.



Fizo mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan Mawar.

Identiti wanita yang dikatakan menjadi suri hati pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu masih menjadi misteri.

Khabar angin Fizo bakal berkahwin menjadi perbualan ramai selepas terdapat sumber yang mendedahkan aktor berusia 36 tahun itu sibuk dengan persiapan pernikahannya sejak beberapa minggu lalu.

Bekas isteri kepada Fizo iaitu Mawar Karim menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan turut mendedahkan aktor itu bakal berkahwin.

Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Fizo Omar nikah malam ini Fizo Omar nikah malam ini Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:31 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.