Durian Runtuh !!! Penduduk bersorak jumpa lombong emas depan rumah ,namun ini yang jadi..



Nama Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77,000 hektar itu mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya.

Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kechau terletak dalam jajaran dikenali sebagai Sutera Raub-Bentong. Jajaran ini pula terletak dalam Jajaran Emas negara yang merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung bermula dari Thailand hingga ke Batang Melaka, Jasin.

Penemuan emas baru-baru ini umpama rezeki ‘durian runtuh’ untuk penduduk setempat. Menurut pihak Kosmo, ada sebahagian penduduk telah membeli kenderaan baru secara tunai. Bahkan ada juga penduduk membeli jengkaut untuk memudahkan kerja-kerja melombong emas di tanah mereka sendiri.

Tetapi kegembiraan penduduk setempat tidak bertahan lama apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta. Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.

“Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

“Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau. Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

Mengulas status pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permohonan iu sebelum kelulusan diberikan. Ini disebabkan kerana ada permohonan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama.

Durian Runtuh !!! Penduduk bersorak jumpa lombong emas depan rumah ,namun ini yang jadi.. Durian Runtuh !!! Penduduk bersorak jumpa lombong emas depan rumah ,namun ini yang jadi.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:43 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.