Cerita sebenar wanita baru sebulan bergelar isteri, ditemui dalam keadan tragis dicekik suami sendiri hingga maut
Baru sebulan bergelar isteri, seorang wanita ditemui maut di dalam bilik tidurnya dipercayai dibunuh oleh suami sendiri di Bangka Selatan, Indonesia.
Memetik laporan media Indonesia, mangsa dikenali sebagai Ella Andini berusia 23 tahun itu baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhammad Rafli pada 7 September lalu.
Difahamkan, mayat pengantin baru itu ditemui kakaknya selepas risau apabila pasangan suami isteri itu tidak keluar dari bilik mereka selepas mendengar pasangan itu bertengkar pada malam hari.
“Kakaknya yang menjumpai mayat Ella. Dia curiga bahawa dia tidak meninggalkan rumah sejak pagi. Pernah mendengar mereka bertengkar semalam,” kata saudara mangsa dikenali sebagai Susi.
Menurut sumber, sebelum mayat ditemui, suami mangsa, Rafli sempat mengucapkan selamat tinggal sebelum menghilangkan diri.
Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, AKP Chandra Stria memaklumkan bahawa punca kematian masih belum diketahui, namun terdapat luka dicekik pada leher mangsa.
Susulan itu, gambar suami mangsa juga ini sedang tular di media sosial dan berharap kerjasama orang ramai untuk menemui lelaki berkenaan yang didakwa turut membawa lari motosikal serta barang kemas.
No comments: