Geram Bila Netizen Doakan Dia Kembali Ke Pangkal Jalan, Akhirnya Sajaat Ambil Tindakkan Mengejut Ramai

 

Meskipun usahawan sensasi kosmetik Sajat dilihat tenang meneruskan kehidupan barunya di Australia, namun netizen tidak henti-henti menitipkan nasihat buatnya.

Baru-baru ini, Sajat ada memuat naik gambar throwback memaparkan dirinya memakai baju berwarna biru sedang menjamu selera di sebuah restoran di Bangkok.

Biarpun perkongsiannya itu tidak mencetuskan sensasi, namun rata-rata netizen meninggalkan komen meminta Sajat untuk kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, komen netizen itu dibalas oleh Sajat,”No way”, serta menyifatkan golongan Melayu jenis dengki antara satu sama lain dan disebabkn itu orang Melayu tidak mahu.








Januari lalu, usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada awal bulan ini atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.

Difahamkan, Sajat berpakaian seperti wanita pada acara bacaan Yasin dan solat hajat anjuran syarikatnya.

Sajat didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Terus mempertahankan dirinya, Sajat berkata dia berpakaian wanita adalah bagi menghormati majlis tersebut.

Ujarnya, dia hanya memakai baju kurung serta tudung dan ianya tidak terdedah.

“Bukan saya tawarkan perkhidmatan seks dengan pakai baju kurung dan tudung. Apa yang memalukan apabila saya pakai macam tu?

“Saya pakai macam tu untuk hormati majlis. Saya langsung tak pegang atau sentuh orang lain.

Saya bersalaman dengan letak tangan di dada. Kita perempuan kan, kita tak sentuh perempuan atau lelaki,” katanya.

Mengulas tentang kes itu di aplikasi TikTok semalam, kata Sajat lagi dia tidak pernah menyangka niat baiknya itu akan berakhir dengan kes mahkamah.

“Sudahlah saya buat charity, bukan sikit pakai duit, RM35,000. Hujung-hujung saya kena tangkap. Kalau tahu jadi macam ni baik tak payah panggil.

“Kita pula letak di Instagram nak tunjuk yang kita ni berniaga dan sambil beramal sebab dapat rezeki lebih, rupanya disalah erti pula,” katanya.

Terdahulu, menerusi bual bicara itu, Sajat mengakui dirinya seorang transgender.

Sajat memaklumkan dia berada di Australia sejak 18 Oktober lalu dan nekad untuk memulakan kehidupan baru di sana sebagai ‘transwoman’.

RK

Geram Bila Netizen Doakan Dia Kembali Ke Pangkal Jalan, Akhirnya Sajaat Ambil Tindakkan Mengejut Ramai Geram Bila Netizen Doakan Dia Kembali Ke Pangkal Jalan, Akhirnya Sajaat Ambil Tindakkan Mengejut Ramai Reviewed by OH! GILA MEDIA on 9:02 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.