“Tidak perlu menjaja benda yang lepas” Tak Sangka Ini Reaksi Mawar Bila Dengar Fizo Kahwin Tapi Ini Balas cukup padu

Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila,”

Demikian pendedahan ahli perniagaan yang juga bekas isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Abd Karim susulan timbul desas-desus mengatakan Fizo bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini.

Menurut Mawar ketika dihubungi, bekas suaminya itu juga memaklumkan dia serius dengan perhubungan itu.

” Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila.

” Kira okaylah dia beritahu saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mawar, dia mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.

” Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Fizo Omar terus berdiam diri mengenai desas-desus mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober ini.

Cubaan Harian Metro menghubunginya sejak semalam dan hari ini tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak berjawab.

Respon Fizo Omar


Bagaimanapun, Fizo ada memuat naik hantaran di Instagram yang berkongsi kesibukan dirinya.

” Wak lek wak peace’. Ada ni ha, ‘back to back’ mesyuarat nak wariskan ‘MEGAH HOLDING’ kepada anak sulung yang akan disatukan dengan anak Datin Maimun saudara kepada jiran belakang rumah ni,” tulisnya.

 

Harian Metro semalam melaporkan kenyataan bekas isterinya yang juga ahli perniagaan, Mawar Abd Karim yang memaklumkan Fizo kini serius dalam perhubungan dengan seseorang.

” Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya,” katanya.

Bercakap soal jodoh, Fizo pada Julai lalu pernah memaklumkan kepada semua yang dia bakal menamatkan zaman dudanya pada hujung tahun.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Adellea Sofea itu, memberitahu berita baik itu sebelum ramai pihak yang akan bertanya tentang perkara berkenaan.

” Sebelum semua tanya bila nak kahwin, Abe Joe jawab siap-siap. InsyaAllah hujung tahun”, coretnya ringkas.

Bagaimanapun Fizo difahamkan cuma bergurau berkenaan ayat ‘hujung tahun’ kerana apa yan dia cuba maksudkan sebenarnya hujung tahun tetapi belum tahu tahun bila.

Menerusi ruangan komen rata-rata warganet menitipkan doa buatnya dan gembira sekiranya benar Fizo bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Malah sebelum ini juga, perkongsian pertanyaan netizen di Instastory Mawar Abdul Karim menarik perhatian.

Menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory pada Mac lalu, Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.

” Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.

Menjawab pertanyaan tersebut, usahawan berusia 32 tahun itu berkata dia pasti berasa gembira sekiranya Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu jodoh baharu.

Akui serba kekurangan, Mawar mendoakan agar bekas suaminya itu bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.

” Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.

” Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

” Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.

Fizo dan Mawar bercrai taIak satu di Mahkamh Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber:hmetr0

“Tidak perlu menjaja benda yang lepas” Tak Sangka Ini Reaksi Mawar Bila Dengar Fizo Kahwin Tapi Ini Balas cukup padu “Tidak perlu menjaja benda yang lepas” Tak Sangka Ini Reaksi Mawar Bila Dengar Fizo Kahwin Tapi Ini Balas cukup padu Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:12 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.