Tidak Hiraukan Kritikan. Majlis Umum Jantina Bayi Kak KM & Anak Perempuannya Sekali Lagi Tampil Dengan Gaun Seksi Yang Menjolok Mata

Usahawan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya dalam sebuah majlis ‘gender reveal’ sebentar tadi.Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM mengumumkan dia bakal menerima kehadiran seorang lagi anak perempuan tidak lama lagi.“Boy or girl? It’s a girl!” tulis Kak KM di ruangan kapsyen.

Dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga itu lagi, Kak KM mengenakan gaun seksi berona merah hati memegang sebuah belon hitam berisi perhiasan kertas bewarna.Selepas dia meletopkN belon terbabit, kepingsn kertas berwarna merah jambu berterbangan menandakan bayi yang dikandungnya adalah anak perempuan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila mengetahui Kak KM sekeluarga bakal menyambut kehadiran bayi perempuan.Ramai juga yang menitipkan ucapan tahniah serta doa agar urusan melahirkan kelak dipermudahkan.

Boy or girl, janji selamat melahirkan, sihat, kak KM sihat, alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya.

“Tahniah, semoga semua berjalan lancar,” ucap seorang wargamaya.“Tahniah kak KM, semoga semuanya dipermudahkan buat kak KM bila nak bersalin nanti. Dan baby dalam kandungan juga sihat,” tulis seorang wargamaya.

“Dah kata dah, baby kak KM nanti girl,” kata seorang wargamaya.“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kakak sayang amin ya Allah,” doa seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.Sekadar info, Kak KM merupakan anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli.

Sumber: Gempak.

Tiada Siapa Boleh Buat Kerja Tuhan Tapi Ini Yang Berlaku. Giliran Ustazah Asma Pula Sekolahkan Kak KM.

Selepas Pencetus Ummah (PU) Syed, kini tiba giliran pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur aksi keterlaluan seorang pengasas dalam mempromosikan produk.

Tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, dalam memberi teguran tiada siapa yang mengambil kerja Tuhan, sebaliknya mereka sedaya upaya melaksanakan tugas yang telah diperintahkan sebagai saudara Islam.

Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosak.kan minda dan akhl.ak oleh sebahagian selebriti, influe.ncer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.

Jelas Ustazah Asma’ lagi, teguran yang dibuat para pendakwah juga tidak bertujuan untuk menumpang populariti. Baginya pengaruh bukanlah satu kebanggaan sebaliknya hanya amanah untuk digunakan ke arah kebaikan.

Menurutnya, sebelum ini beliau kerap menerima aduan mengenai aksi-aksi ghairah usahawan berkenaan yang dilakukan secara terbuka. Bukan usahawan itu sahaja, malah ramai dalam kalangan warganet yang melakukan perkara sama.

Pendakwah ini turut menolak dak.waan teguran yang dibuat untuk menerakan segelintir orang. Katanya, sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita menyelamatkan saudara seagama seramai mungkin.

Ustazah Asma’ turut menegur usahawan itu yang seolah-olah menyalahkan Allah SWT kerana belum diberikan hidayah oleh-Nya. Malah, usahawan itu diminta berhenti mempromosikan m4ksiat secara terbuka di media sosial.

Kesalahan nyata dan sengaja dalam perkara agama oleh seorang ternama, selebriti, pembesar dan seumpamanya yang dilakukan di khalayak, maka pandangan paling kuat ialah ditegur di khalayak ramai.

Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melim.pah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Pendakwah ini turut menyarankan institusi bertanggungjawab mengambil tin.dakan segera dalam menangani isu kelucahan secara terbuka ini.

Terdahulu,Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi lnstagram nya membidas kembali kritikan usahawan selebriti yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Kak KM.

Tegur Kak KM Secara Terbuka Kerana Dosa

Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, dia menegaskan bahawa tindakannya me.ne.gur Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli secara terbuka adalah kerana usahawan itu telah membuat dosa. Tambah pendakwah itu lagi,dia bertanyakan kepada Kak KM adakah wanita itu sedar akan perilakunya selama ini telah mengaibkan dirinya sendiri dan juga keluarga.


“Ambe(saya) te.gur,dia kata mengaibkan dia..dah selama ini dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tidak?

“Siapa yang men.gaib.kan siapa in? Ambe (saya) me.ne.gur secara terbuka sebab dia buat d-sa dan viral.kan dosa secara  terbuka! Ambe(saya) tak perlu penghormatan dari dia..cukuplah Allah menyaksikan bahawa antara benar dan salah itu NYA.TA!

“Nak sangat jadi perhatian manusia..bak kata Diva AA dalam lah.jah pantai timur  “eh mu nga.ji ke dop?” tegur PU Syed

Berharap Kak KM Berubah 

Dalam pada itu, PU Syed juga menyifatkan masih ada iman di dalam diri Kak KM kerana anak selebriti itu masih ‘te.ra.sa’ akan te.guran yang diberikan. Malah, PU Syed berharap agar dia dapat berubah dan mencari rezek yang lebih berkat.

“Bila dia sen.tap dengan teguran ambe(saya)..itu tanda masih ada iman dalam diri..berubahlah..kerana nya.wa ini bukan dalam kawalan kita..sekejap saja Allah boleh tarik..

“Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga..dan membuat iklan yang patuh syariah..maka rezeki mereka akan berkat..tetapi jika sebaliknya..pasti tiada keberkatan dalam rezekimu..sekalipun banyak..” tulisnya lagi

 

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kak KM berang dengan tin.dakan PU Syed gara-gara menuduhnya berdosa dan mendapat rezeki yang tidak berkat. Artikel Murai.my sebelum ini mendedahkan PU Syed menegur usahawan itu dan berkata suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:muraimy/rimbabara

Pakaian terlalu menjolok mata. Sekali Pu Syed mula luahkan dah puas tegur Kak Km dan ini yang perlu dilakukan.

Selepas kerap disebut (tag) oleh seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU)  Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.

Suami Dan Ahli Keluarga Wajib Tegur

Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia, penampilannya yang menjolok mata sering menjadi bualan hangat orang ramai apatah lagi usahawan tersebut kini sedang sarat berbadan dua.

Untuk rekod, ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil. PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.

“Untuk maklumanmu, @duniaakhirzamankita ambe dah beberapa kali tegur kak KM ni. Namun tiada hasil.. Kita hanya mampu doa.. Moga dia sedar.. Tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain.. Kecuali mahramnya sahaja.

Jika dia ada suami.. Maka suaminyalah yang perlu tegur dan jika tak ditegur.. Berdosalah dia.. Bahkan dyus! Tetapi jika dia tiada suami.. ibu ayahnya.. Adik-beradiknya wajib menegur beliau..” tegas PU Syed. Selain itu, PU Syed turut menyentuh soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa pasti akan memiliki rezeki yang tidak berkat.

“Bahagian dunia ni sementara sahaja.. Celka di akhirat adalah yang paling sngsra.. Berniaga dengan cara dosa.. Maka rezekimu tidak berkat.. Bahkan mendatangkan dosa.” katanya lagi. Mahu Pihak Berwajib Kuatkuasa Pemakaian Patuh Syariat. Menyentuh soal pemakaian menjolok mata Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.

Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya. “Ambe mohon pihak berwajib agar kuat kuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.. Gubal undang-undang agar boleh saman atau tahan mereka yang mendedahkan aurat dikhalayak!!

Walaupun tak ada hkman hudvd dalam isu ini.. Namun takzir masih wujud.. Kerana menjaga maslahah.. Namun apa yang pasti.. Mendedahkan aurat adalah salah satu perbuatan dosa yang terasa ‘normal’ sahaja bila dilakukan.. Inilah normalisasikan dosa yang sangat berb4haya..” ujarnya

Warganet Setuju Dengan Cadangan PU Syed

Melihat hantaran pendakwah tersebut di Instagram, ramai yang bersetuju dengan pandangan PU Syed agar kerajaan dapat menggubal semula undang-undang dan menguatkuasakan pemakaian patuh syariat di hadapan umum.

“Iya! Saya sokong agar pihak berwajib kuatkuasakan pemakaian patuh syariat di tempat umum iaitu di khalayak ramai terutamanya.” “Saya sokong perenggan ke-4.. Kerajaan patutnya kuasakan pemakaian patuh syariat.. Jangan melampau sangat dalam membuka aurat, seolah-olah macam bukan orang Islam lagaknya.” “Harap negeri lain dapat ikut contoh negeri Kelantan….. Setiap wanita wajib bertudung….” komen mereka

Kak KM Ditegur Gara Gara Hiking Waktu Sarat Mengandung. Sekali Ada Satu Benda Yang Buat Warganet Bimbang.

Tindakan usahawan ko.ntroversi, Liana Rosli menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet di laman sosial. Menyedari bahaya kepada diri dan kandungannya itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti lasak itu kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak.

“Cerita sebenarnya, rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai… tapi tak sangka la pula tukar laluan 20 kilometer dan kena melalui laluan yang lebih mencabar. Jadi nak tak nak kena ikut sajalah sebab dah masuk laluan itu, kena habiskan la.

Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja. Tapi sejujurnya bukan saya nak pergi sangat pun!

Anak-anak yang nak pergi, takkan nak biarkan mereka pergi sendiri, jadi saya pun kena ada sekali. Lagi pun ada dalam 15 orang ahli keluarga lain yang menyertai hiking itu, mereka pun banyak membantu sepanjang meredah laluan mencabar itu,” katanya.

Sebelum itu, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi video dia menyertai aktiviti hiking di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor, baru-baru ini. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen daripada warganet

dan rata-ratanya menegur tindakan Kak KM melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan b.ahaya kepada dirinya dan bayi dalam kandungan. Ada juga pengikut memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami oleh makhluk halus.

Saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa! “Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi.

Hantu tu tak ada tapi manusia boleh jadi hantu… kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada. Sejak remaja lagi saya memang selalu join hiking dan kerap masuk hutan, jadi kita tahu apa nak buat… bukan nak cakap besar, cuma dah biasa dalam hutan.

Kalau kenal saya sebelum ini pun saya memang aktif menari, tak reti duduk diam… makan pula jamu itu agaknya kandungan kuat dan lasak sekali,” ujarnya.

Kak KM dah biasa aktiviti lasak dan aktif menari sebelum ini.

Dalam pada itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini menasihati ibu hamil lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan. “Tapi saya nak

nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa. Orang sedang mengandung ni emosi pun tak stabil, badan berat dengan perut ke depan… memang senang penat! Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan beri nasihat kepada saya,” katanya. Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tidak Hiraukan Kritikan. Majlis Umum Jantina Bayi Kak KM & Anak Perempuannya Sekali Lagi Tampil Dengan Gaun Seksi Yang Menjolok Mata Tidak Hiraukan Kritikan. Majlis Umum Jantina Bayi Kak KM & Anak Perempuannya Sekali Lagi Tampil Dengan Gaun Seksi Yang Menjolok Mata Reviewed by OH! GILA MEDIA on 12:10 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.