Saya diraba pegawai agama & mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan, - Sajat


PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang diberi suaka di Australia mendakwa diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Dalam temu bual dengan New York Times, Nur Sajat berkata kejadian itu disaksikan ibunya sendiri, yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya alim.

“Dia dimaklumkan, tidak mengapa kerana Nur Sajat lelaki.

“Mereka melihat tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki,” katanya.

“Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.”

Sajat membuat laporan polis selepas kejadian itu, dan beberapa hari selepas itu pihak berkuasa berkata seorang pegawai penguat kuasa agama telah dipanggil memberi keterangan, katanya.

Menurut Sajat, kejadian itu berlaku Januari lalu ketika dia dipanggil ke Jabatan Agama, di mana dia dan beberapa anggota keluarga serta rakan telah menemui pegawai-pegawai yang mendakwa menerima aduan awam mengenainya.

Beliau mendakwa, ketika disoal sekurang-kurangnya tiga lelaki mengasarinya termasuk meraba dadanya sebelum dia dimasukkan ke tempat tahanan lelaki untuk semalaman.

Sajat berjaya melepaskan diri ke Thailand pada Februari sebelum ditahan kerana kesalahan imigresen dan hampir dihantar pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, semalam dia mendedahkan telah meninggalkan pergi ke Australia pada bulan ini, di mana golongan transgender lain dari negara ini juga pernah diberikan suaka.

Menurut Sajat, dalam ‘sekelip mata’ dia terpaksa mengabaikan perniagaannya yang berjaya, malah mengakui tidak nampak kemungkinan pulang ke Malaysia buat masa ini.

Saya diraba pegawai agama & mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan, - Sajat Saya diraba pegawai agama & mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan, - Sajat Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.