KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong mendedahkan beliau pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah.
Jelas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mendiamkan diri atau pura-pura ketawa kerana bimbang dan berasa takut.
"Pernah sekali, tidak tahan, saya tegur dia, tetapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian, dia (jurulatih) buat (didakwa) kes rogol.
"Tetapi paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tetapi kami atlet tidak boleh buat apa, sebab 'back up' besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri," katanya menerusi Twitter hari ini.
Justeru, Pandelela berkata, pengajaran yang boleh diambil daripada kisahnya itu adalah, keperluan pemimpin yang boleh membetulkan perkara yang salah dan bukannya menutup mata kepada kejahatan atau jenayah.
"Mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu," jelasnya.
Dulu saya ada seorang coach yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je tak pun pura-pura gelak sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol.
Jelas Pandelela lagi, dia bukanlah ingin menutup mata dengan kesalahan seperti itu namun amat penting bagi mereka yang teraniaya agar tampil bersuara dan melawan.
Tambahnya, dia sedikit bernasib baik apabila kebajikan atlet masih dilindungi persatuan sukan yang mengambil berat dengan isu-isu melibatkan para atlet.
Pandelela dedah Alami Gangguan S*ksual jurulatih terpalit kes rogol 'Kabel Besar' tiada tindakan
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
7:35 PM
Rating:
No comments: