Gadis berbasikal dirog*l warga asing di ladang kelapa sawit sehingga puas

 


TAWAU: Mahkamah Sesyen Tawau pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan tujuh sebatan terhadap seorang lelaki warga Indonesia selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol.
Mengikut pertuduhan, suspek, Tion Amat, 26 tahun didakwa atas kesalahan merogol seorang mangsa perempuan berumur 21 tahun yang sedang berbasikal di lot kelapa sawit ladang Kumansih Kalabakan pada awal pagi 17 Oktober lalu.
Suspek ketika kejadian dikatakan mengacukan pisau di leher mangsa sebelum merogolnya pada pukul 6.45 pagi.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun, selain hukuman sebatan.
Hukuman itu dijatuhkan hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dalam pada itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dihukum penjara empat tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah mengikut Sesyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon supaya kedua-dua hukuman tersebut dijalankan secara berasingan.
Awang Kerisnada kemudiannya bersetuju dan menitahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan berasingan berkuatkuasa dari tarikh sabitan kes.
Gadis berbasikal dirog*l warga asing di ladang kelapa sawit sehingga puas Gadis berbasikal dirog*l warga asing di ladang kelapa sawit sehingga puas Reviewed by OH! GILA MEDIA on 9:43 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.