Bapa rog*l anak perempuan sendiri hingga puas, sebelum memaksa anak lelaki merog*l isterinya yang tertidur terbaring tanpa seurat benang di atas katil.
Seorang juruteknik bunyi berusia 41 tahun di Singapura yang didapati mendera anak perempuannya secara seksual selama enam tahun dan memaksa anak lelakinya yang masih remaja merogol ibunya sendiri, dijatuhkan hukuman penjara 29 tahun dan 25 sebatan pada 4 Oktober 2021.
Tertuduh yang tidak didedahkan identitinya bagi melindungi mangsa, mengaku bersalah atas semua pertuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Tertuduh juga berdepan dengan 13 lagi pertuduhan lain yang membabitkan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap tiga ahli keluarganya termasuk satu pertuduhan memiliki 284 filem lucah.
Mahkamah Tinggi dimaklumkan, lelaki itu melakukan serangan seksual terhadap mangsa sejak 2013 ketika dia berusia sembilan tahun. Semasa cuti sekolah akhir tahun 2015, tertuduh telah memaksa mangsa melakukan oral seks ke atasnya semasa mereka bersendirian di rumah.
September 2017, lelaki itu telah merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun di dalam biliknya sehingga puas. Mangsa kemudian memberitahu abangnya yang tertuduh telah melakukan hubungan intim dengannya.
Remaja itu menasihatkan adiknya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu kerana bimbang akan dipukul dan tidak mahu menjejaskan reputasi keluarga. Mangsa tidak memberitahu kejadian itu kepada ibunya kerana bimbang wanita itu akan dipukul sekiranya pasangan itu bergaduh.
Pada satu malam tahun 2018, si ibu menjadi mabuk dan tertidur selepas minum minuman keras bersama suaminya. Lelaki itu kemudian memberitahu anak lelakinya yang sedang bermain permainan video untuk mengikutinya ke bilik tidur utama.
Dia yang pada ketika itu berusia 15 tahun terkejut apabila bapanya menyuruh dia melakukan hubungan seks dengan ibunya yang sedang terbaring tidak berpakaian di atas katil.
Remaja itu pada mulanya enggan tetapi terpaksa akur apabila bapanya mengulangi arahannya dengan tegas. Malah lelaki itu membantu anaknya melakukan perbuatan jijik tersebut. Beberapa minit kemudian, remaja itu keluar dari bilik dan ibunya tidak mengetahui apa yang berlaku pada malam itu.
Pada tahun 2019, gadis itu menyedari apa yang dilakukan oleh bapanya adalah salah, selepas dia menghadiri ceramah pendidikan seksual di sekolah. Dia menangis apabila tertuduh cuba melakukan hubungan seks dengannya sekali lagi.
Petang 1 November 2019, mangsa memberitahu ibu saudaranya mengenai perbuatan jijik bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan pada awal pagi 2 November 2019.
Lelaki itu ditahan pada hari yang sama. Semasa siasatan, kesalahan seksual yang melibatkan anak lelaki dan isterinya terbongkar. Menurut tertuduh, dia melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya kerana beranggapan dia yang sepatutnya melakukan hubungan seks dengannya, bukannya orang luar.
Sumber: Stomp Singapore
No comments: