“Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak ta hu bila,” kata ahli perniagaan yang ju ga bekas isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Abd Karim.
Ia susulan timbul desas-desus mengatakan Fizo bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini.
Mawar ketika dihubungi berkata, bekas suaminya itu juga memaklumkan dia serius dengan perhubungan itu.
“Dia memang ada beritahu se dang berkawan dan serius dengan seseorang.
Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam peranc angan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Mawar, dia mendoakan yang terb aik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar.
“Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syuk ur. Jadi, saya d oakan yang terbaik buatnya.
Semoga dapat belajar dari kes ilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Fizo tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak berjawab.
Ajal maut, jodoh pertemuan, semua Allah yang tentukan. Takut kadang baca komen2 orang kita ni.
Walaupun dah berkahwin lama mana sekali pun, andai kata Allah tetapkan jodoh bersama pasangan tak panjang, apa hak kita nak pertikaikan.
Ada juga pasangan berusia yang berpisah, ini kan pula pasangan masih muda.
Apa yang pasti, sama-sama kita berdoa agar rumahtangga kita kekal berkekalan, kita dan pasangan berbahagia hingga ke syurga Allah.
Untuk Fizo, kalau dah jodoh dia sampai, semoga kekal berkekalan kali ni.
Alhamdulillah dia dan bekas isteri pun sama-sama bertanggungjawab pada anak mereka. Kita doa jelah yang baik-baik. Semoga doa yang baik-baik tu juga berbalik kepada kita.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Reaksi Mawar
PERKONGSIAN pertanyaan netizen di Instastory bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu usahawan Mawar Abdul Karim menarik perhatian.
Menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.
“Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak tapi disebabkan Covid-19, apa pun tak boleh buat” - Fizo Omar syukur kesihatan anak semakin pulih"Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?" tanya individu tersebut.
Mawar berkongsi pertanyaan dan jawapannya di Instastory.
Menjawab pertanyaan tersebut, usahawan berusia 32 tahun itu berkata dia pasti berasa gembira sekiranya Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu jodoh baharu.
Akui serba kekurangan, Mawar mendoakan agar bekas suaminya itu bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.
"Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin... lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.
Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.
MAWAR ABDUL KARIM
USAHAWAN
"Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.
"Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri," katanya.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Mawar tinggalkan pesanan untuk wanita yang bakal menjadi ibu baharu kepada anaknya.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.
"Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.
"Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita," ujarnya.
Sumber : HMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
No comments: