LeIaki Yang Merog0I LeIaki Akhirnya Ditangkap
Pada tahun 2017, penduduk Britain dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki warganegara Indonesia dari Jambi.
Ia diatas kesalahan melakukan 159 kesalahan sksuaI termasuk melakukan kes rog0I terhadap lelaki sebanyak 136 kali.
Disifatkan sebagai perog0I bersiri paling keji di Britain, Reynhard Sinaga telah dijatuhkan hukumaman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Manchester Crown.
Ini kerana didapati bersalah memperdaya 48 lelaki untuk menjadi mngsa nafsv serakahnya.
Reynhard ditangkap oleh pihak polis Britian di kediamannya yang terletak di Princess Street, Manchester.
Kes perbicaraan Reynhard dilakukan secara tertutup manakala pihak perundangan juga tidak mendedahkan secara terperinci mengenai isi pembicaraan kepada media.
Wajah Reynhard lebam dan bengkak
Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun ditahan, polis Manchester kemudiannya mendedahkan gambar wajah Reynhard semasa ditangkap.
Dalam gambar itu, Reynhard kelihatan lebam di kedua-dua belah matanya dan ada beberapa pelekat perubatan menutup luka di matanya.
Difahamkan, Reynhard dipukul seorang mngsanya yang juga atlet dan berada dalam keadaan waras walaupun mngsa tersebut turut diberikan minuman bercampur ubat tidur.
Polis mendedahkan gambar itu khusus untuk tayangan dokumentari BBC bertajuk ‘Ctching a Prdator’ yang mengisahkan siasatan polis dalam usaha menangkap Reynhard.
Mangsa buka cerita hanya ketahui dirog0I selepas polis tunjuk gambar
Daniel yang merupakan salah seorang mngsa jenayah sksuaI itu pertama kali mendedahkan identitinya kepada BBC mengaku dirinya tidak sedarkan diri ketika berada di pangsapuri Reynhard.
Bagaimanapun, sebaik polis Manchester menunjukkan gambar serangan Reynhard dua tahun lalu, dia menyedari dirinya sudah diperk0sa.
“Mengerikan melihat diri saya begitu rapuh dalam gambar diabadikan orang lain.
“Anda seperti melihat saya dalam keadaan koma, saya nampak (seperti) sudah meninggal dunia,” katanya.
“Untuk bercakap sebagai lelaki, saya diperkosa sangat sukar, ini membuat saya begitu ‘rapuh’,” katanya.
Daniel menjadi mngsa ketika dirinya meraikan ulang tahun kelahirannya bersama teman pada 2015. Dia terpisah daripada rakan yang menaiki teksi pulang ke rumah masing-masing.
“Saya perlu ke tandas dan selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku,” katanya.
Pagi keesokannya, dia bangun di sofa dalam keadaan lengkap berpakaian, pening dan tidak ingat apa yang berlaku.
Reynhard Sinaga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman minimum 30 tahun penjara.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan UK memutuskan bahawa hukuman Reynhard dinaikkan menjadi penjara minimum 40 tahun sebelum mendapat permohonan pembebasan.
Sumber: The Telegraph, Harian Metro
No comments: