Abang Ini Sendiri Tampil Dedah Cerlta Sebenar Lepas Ramai Kecam Dla Tak Bagi Bekas Isteri Peluk Anak



Semalam kecoh di media sosial apabila satu video tular menunjukkan seorang ibu merayu untuk memeluk anak sendiri ketika di mahkamah syariah.

Netizen luah rasa sedih simpati dan marah kerana di dalam video tersebut jelas menunjukkan bekas suami wanita itu yang tidak benarkan untuk ibu ini memeluk anak sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita menggunakan nama ‘Rias Jelita’ itu memuat naik video memaparkan dia berjalan mendekati anaknya yang ketika itu berada bersama bekas suami.

Tapi belum sempat disentuh, bekas suaminya itu dilihat segera membawa anak mereka beredar jauh dari wanita tersebut sebelum berlaku ‘perebutan’ sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga dan anggota polis.


Semua sedia maklum hubungan yang tidak boleh dipisahkan adalah hubungan antara anak dan ibu. Hubungan anak dan ibu satu hubungan yang tidak boleh dipisahkan kecuali m4ti.

Si ibu mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari dan besarkan dia, sudah semestinya seorang anak adalah hak kepada seorang ibu.

Sejak semalam tiada apa apa kenyataan yang dibuat oleh bekas suami wanita ini sehingga lah hari ini.

Sebelum itu ramai yang mengecam lelaki yakni bekas suami wanita tersebut kerana bertindak kejamm dengan memutuskan hubungan silaturrahim antara seorang ibu dan anak.

Tetapi hari ini satu profile di Facebook yang dikatakan milik bekas suami wanita tersebut telah tampil menunjukkan beberapa perkara yang tidak disangka.

“SEMUA FITNAH” – Bekas Suami

Dengan menggunakan profile Facebook bernama Joe Saini ia mengatakan bahawa apa yang disebut oleh bekas isteri dia adalah fitnah.

Lebih mengejutkan apabila lelaki ini memuat naik beberapa tangkaplayar dari telefon bimbit dimana anak wanita itu merayu supaya ibu dia pulang ke rumah.





Kenyataan ini betul betul tak sangka


Apa yang terjadi memang amat menyedihkan. Yang akan terkesan adalah anak anak sebenarnya. Amanah dari Allah SWT adalah untuk menjaga anak anak.

Ada lagi beberapa gambar dan video yang tidak dapat kami paparkan.

Pihak kami tidak menyebelahi di mana mana pihak cuma kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ianya telah menjadi tontonan umum dan tiada apa yang menguntungkan.

Sumber : Joe Saini


Abang Ini Sendiri Tampil Dedah Cerlta Sebenar Lepas Ramai Kecam Dla Tak Bagi Bekas Isteri Peluk Anak  Abang Ini Sendiri Tampil Dedah Cerlta Sebenar Lepas Ramai Kecam Dla Tak Bagi Bekas Isteri Peluk Anak Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.