Selebriti Instagram berbog*l, lakukan ‘aksi tidak senonoh’ ketika live



JAKARTA: Seorang selebriti Instagram di Bali, dikenali sebagai RR dan berusia 32 tahun, ditahan selepas melakukan aksi siaran langsung secara bogel sehingga ‘aksi tidak senonoh’ di media sosial.

Detik melaporkan, polis diberitahu tindakan itu dilakukan kerana RR dihimpit masalah kewangan.

“Dia melakukannya kerana faktor ekonomi,” jelas Ketua Polis Denpasar, Jansen Avitus Panjaitan.

Menurutnya, RR dulunya bekerja di sebuah pusat karaoke dan berhijrah dari Jawa Barat ke Denpasar, Bali.

“Sembilan bulan lalu, dia melakukan kegiatan pornografi secara langsung di media sosial. Ini kerana tempat dia bekerja, pusat karaoke itu, ditutup akibat Covid-19,” jelasnya.

Katanya, dengan berbogel dan ‘aksi tidak senonoh’ itu di media sosial, setiap bulan RR mampu memperoleh 25 juta hingga 50 juta rupiah.

Menurut beliau, RR juga banyak menerima tempahan mengadakan hubungan intim berbayar daripada penonton, tetapi ditolaknya.

Atas perlakukan itu, suspek ditahan baru-baru ini menurut Fasal 4 Ayat 1 Undang-Undang Nombor 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi.

Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun.

Selebriti Instagram berbog*l, lakukan ‘aksi tidak senonoh’ ketika live Selebriti Instagram berbog*l, lakukan ‘aksi tidak senonoh’ ketika live Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.