Janda Dan Seorang Duda ‘Kantoi’ Khalwat. Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Yang Mereka Beri

ALOR SETAR: Seorang wanita memberi alasan terpaksa menumpang rumah kawan lelakinya kerana mengambil upah mengurut ketika ditahan berkhalwat di sebuah rumah pangsa di Mergong di sini, pagi tadi.

Dalam operasi pada jam 9.30 pagi itu, anggota dari Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bertindak memeriksa rumah terbabit sebelum menemui wanita berstatus janda dan pasangannya lelaki berstatus duda.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIK, Radzi Abdul Mutalib, berkata pemeriksaan mendapati wanita berusia 35 tahun itu berasal dari Kuala Kedah, manakala pasangannya berusia 48 tahun.

Katanya, wanita itu memberi alasan baru menumpang di rumah lelaki itu tiga hari lalu kerana mengambil upah mengurut wanita dari rumah ke rumah.

“Wanita itu mendakwa mencari wang sampingan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, berikutan itu kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kota Setar bagi membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan.


Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.


Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Janda Dan Seorang Duda ‘Kantoi’ Khalwat. Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Yang Mereka Beri Janda Dan Seorang Duda ‘Kantoi’ Khalwat. Bila Ditanya Kenapa Ini Jawapan Yang Mereka Beri Reviewed by OH! GILA MEDIA on 10:17 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.