HATI-HATI KALAU ADA MINAH SALIH AJAK MENARI BOGEL, ANDA MUNGKIN DIPERANGKAP



ISKANDAR PUTERI - Berkenalan menerusi Facebook, Instagram dan media sosial lain  untuk  memancing mangsa berbogel bersama-sama.

Itu modus operandi yang dilalukan seorang wanita warga asing semasa memperdayakan lelaki tempatan untuk berbogel sebelum mengugut untuk menyebarkan video bogel mangsa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pada mulanya wanita berkenaan akan mengajak mangsa melakukan aksi bogel bersama-sama bertujuan untuk memerangkapnya. 

"Selepas itu, suspek akan menggunakan video tersebut untuk mengugut mangsa dengan menyebarkan video bogel tersebut dalam media sosial. 

"Sekiranya mangsa tidak mahu video tersebut disebarkan, mangsa hendaklah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan oleh saspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas wanita warga asing berkenaan yang berumur 22 tahun.

Pihak polis juga telah merampas sebuah telefon bimbit dan kad bank.

Hasil siasatan mendapati Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menerima 35 kes ugutan bagi menyebarkan video bogel yang dilaporkan di beberapa balai polis di daerah ini sejak Januari hingga kini.

Dzulkhairi berkata, semua mangsa adalah lelaki warga tempatan yang berusia antara 25 sehingga 45 tahun.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan aplikasi dalam talian. 

"Orang ramai juga dinasihati supaya tidak berkelakuan lucah semasa membuat panggilan video dengan mana-mana individu yang baru dikenali bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa," katanya.

HATI-HATI KALAU ADA MINAH SALIH AJAK MENARI BOGEL, ANDA MUNGKIN DIPERANGKAP HATI-HATI KALAU ADA MINAH SALIH AJAK MENARI BOGEL, ANDA MUNGKIN DIPERANGKAP Reviewed by OH! GILA MEDIA on 4:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.