Selepas 2 tahun isteri bersalin lahirkan puteri kami, dia mengadu sakit d4da. Hari demi hari tubuh isteri yang comel itu mula mengecut. Pipi tembamnya yang selalu aku cubit kian hilang. Rambut gugur habis semuanya. Botak. Licin. Tapi isteriku bergurau. “Hahaha.. Abang ada bini botak. Padan muka..”
#Foto sekadar hiasan. Rambutmu gugur habis semuanya. Botak. Licin. Tapi kau masih mampu senyum. Bergurau. “Hahaha.. Abang ada bini botak. Padan muka..” “Abang.. Rambut saya dah mula gugur.. Tak lama lagi botak la kepala saya.. ”
Sugul sekali bunyinya. Ya. Itulah yang diperkatakan oleh isteri aku. Sudah hampir seminggu diulang ayat yang sama. Aku hanya mampu senyum dalam duka. “Alah, awak tu memang cantik sangat dah. Ade rambut ke takde rambut ke memang dah cantik. Tak payah risaulah..” kata aku..
Kisah bermula beberapa tahun yang lalu. Selepas 2 tahun isteri aku selamat melahirkan puteri kami. Dia mengadu d4danya s4kit. Buah d4danya berdenyut – denyut. Aku tersent4k bila dia mengadu macam tu. Terus aku bawa isteri aku ke hospitaI untuk pemeriksaan lanjut.
Dan apa yang kami takutkan menjadi kenyataan. Dia disahkan mengidap b4rah payud4ra. Allahu. Tahap 3. Subhanallah. Esak tangis isteri aku m4kin menjadi – jadi. Puteri kami masih kecil. Apakah dugaanmu pada kami ya Allah. Aku cuma mampu mengetap bibir sambil menahan airmata kala mendengar berita itu.
Maka bermulalah perjalanan hidup kami yang baru. Berulang alik ke hospitaI untuk sesi rawatan. Hari demi hari tubuh isteri aku yang comel itu mula mengecut. Pipi tembamnya yang selalu aku cubit kian hilang. Tangannya yang dahulu kuat bekerja menguruskan rumah tangga kami m4kin lemah.
Tetapi dia tetap ceria. Kuatnya kamu wahai isteri. Kala menahan s4kit k4nser dan siksanya rawatan kau masih mampu mengagah puteri kita. Masih mampu meIempar senyuman manismu pada aku dan keluarga. Masih mampu bergurau senda dengan rakan – rakan yang datang melawatmu.
Sungguh aku kagum denganmu wahai isteri. 3 bulan berhempas pulas dengan rawatan kim0terapi dan radioterapi yang menyiksakan itu, doktor sarankan agar dia dibedah untuk membuang tum0r yang sudah m4ti itu. Tapi tak semudah itu.
Katanya isteri aku bakal hilang sebeIah kewanitaannya. Sekali lagi airmataku gugur. Ya. Dia setuju. Asalkan dia sihat katanya. 8 jam dia dibedah. Hampir 2 bulan diambil untuk sembuh. Akhirnya isteri aku mampu tersenyum kembali.
Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi – tinggi kesyukuran padamu Ya Allah. Tapi kegembiraan kami tak lama. Beberapa bulan selepas itu k4nser itu kembali. Dan kali ini ia lebih g4nas. Tapi dia tetap tersenyum. “Alaaa.. Kena kim0 lagi ke. Botak la kepala saya macam ni.. Dah rupa toy0l nanti. Saya dahla pendek..”
Nyawamu lebih penting sayang. Pers3tankan rambutmu. Aku cuma mahu kau bersama aku sampai bila – bila. Sesi rawatan bermula kembali. Dan kali ini lebih agr3sif kerana k4nser sudah mula merebak. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis dan berdoa.
Sesi demi sesi. Siksaan demi siksaan yang kau tanggung wahai isteri. Tetapi bibirmu tak lekang dengan senyuman. Senyuman yang menyembunyikan kes4kitan yang teramat yang kau sedang tanggung. Tanggal 8 Ogos. Kau terbaring layu di atas katil hospitaI.
Tubuhmu kering kontang dir4tah sel k4nser yang agr3sif. Rambutmu gugur habis semuanya. Botak. Licin. Tapi kau masih mampu senyum. Bergurau. “Hahaha.. Abang ada bini botak. Padan muka..” Aku cuma mampu tersenyum.
Aku paham sayang. Aku paham pend3ritaanmu. Tidak mengapa. Aku suamimu. Menangislah. Merintihlah. Mengadulah pada aku. Aku sedia mendengar. Luluh hatiku melihat kau yang masih cuba menceriakanku tatkala kau menanggung siksa. K
uatnya kamu wahai isteri. Selepas itu doktor menyarankan agar isteriku ditidurkan. Bagi memberi ruang kepadanya untuk berehat. Maka lenalah kamu wahai isteri di dalam ICU. Rehatlah sayang. Bukalah mata bila kau dah bersedia.
Aku di sini sentiasa menanti kau. Tanggal 23 Ogos. Isteri yang amat aku sayang. Penyeri hidup aku. Kekuatan aku. Ibu kepada puteriku. Pergi mengadap Ilahi. Dia pergi dengan senyuman. Tenang sahaja wajahmu wahai isteri. Allahu. Hidup aku kosong.
Bagaimana aku nak men3mpuh hidup ini tanpa kau di sisi sayang. Tapi aku redha. PergiIah. Tenanglah kau di sana. Redha aku sebagai suami sentiasa bersamamu wahai isteri. Janganlah kau toleh ke belakang lagi. Aku bangga aku penah mempunyai isteri seperti kau sayang. Aku bangga mengatakan..
“Si botak itu isteriku..” Ampunkan aku. Maafkan aku jika coretan ini mengundang rasa jeIik kalian. Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya. Al-fatihah untuk isteri aku. – Suami si botak (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Zakiah : Semoga Allah kumpulkan beliau di dalam golongan beriman dan dimasukkan ke dalam Jannatul Firdaus. Semoga Allah meIindungi kalian anak beranak dan dikumpulkan semula di Syurga bersama Isteri tersayang ibu dan ibu kepada anak Encik.Amin Ya Rabb
Syaza Baha : Semoga arw4h di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama kisahnya macam arw4h adik saya. Dia penghidap k4nser meIanoma. Detected masa pregnant selepas melahirkan, k4nser tu m4kin agr3sif dan dia pegi menghadap ilahi beberapa hari sebelum abis pantang. Now anaknya dah setahun lebih. Moga confessor juga kuat dan tabah macam adik ipar saya.
Maria Amy Azira Kamaruddin : Saya menangis confessor, teringat arw4h kakak saya. Dia meninggaI 8 hari selepas isteri encik meninggaI. Peny4kit yang sama juga, meninggaIkan tiga orang anak yang masih bersekolah. Bertabahlah encik, walau kadang – kadang jatuh bangunlah walaupun ia tak mudah, semoga isteri encik di tempatkan di kalangan orang – orang yang beriman.
Julie Anme : Semoga Allah megampuni dan merahm4ti arw4h isteri tuan. Cerita ini mengingatkan saya kepada kawan baik dan sepupu yang meIawan k4nser berm4ti – m4tian. Sudahnya semua mereka itu pergi juga, menyebabkan saya selalu berdoa agar Allah membuka rahsia penawar k4nser seperti juga HlV satu hari nanti. Semoga konfeser tabah membesarkan anak – anak.
Nida Husain : Allahuakbar, moga roh arw4h isteri tuan di tempat para solehah. Bahagianya arw4h isteri puan mendapat suami yang amat menyayangi hingga akhir hayatnya. Al fatihah buat arw4h insan – insan penting dalam hidup kita.
Sesungguhnya kehilangan itu sangat pedih, rindu pada yang tiada tu tak tertanggung rasanya. Semoga tuan, dan kita semua di sini yang diuji dengan ujian kehilangan ini diberi kekuatan mentaI dan em0si dalam mendidik anak – anak tanpa pasangan kita. Al fatihah untuk diri kita sendiri juga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.
No comments: