PENGAJARAN(video) “Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah” Luahan Pakcik Ni Bikin Sebak Netizen

 

(video) “Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah” Luahan Pakcik Ni Bikin Sebak Netizen

Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan, pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.

Luahan bapa undang sebak

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.

Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia. Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu anak, esok kalau adik dah macam pakcik 70 lebih tahulah cara hidup macam mana.

Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.

Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik, 70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap betul.

Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

lihat video di sini

Sedihnya!





PENGAJARAN(video) “Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah” Luahan Pakcik Ni Bikin Sebak Netizen PENGAJARAN(video) “Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah” Luahan Pakcik Ni Bikin Sebak Netizen Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.