"Gara2 Kencing Merata " - Budak Perempuan 4 Tahun Ditumbuk Dan DiTendang Bapa Tiri Di Bahagian Perut Berkali-Kali Hingga Maut
Apabila perasaan marah dan panas baran telah menguasai diri, seorang bapa tiri telah membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun di sebuah flat di Singgapura. Kejadian ini berlaku disebabkan mangsa telah membuang air kecil di luar mangkuk tandas.
Menurut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika tertuduh dan isteri mula mengajar mangsa berkenaan cara menggunakan tandas sebagai persediaan untuk ke sekolah pada akhir september 2018. Setelah itu, pada 1 September 2018, ibu mangsa telah meninggalkan Salihin (Tertuduh) tinggal bersama dengan mangsa dan anak kembar mereka.
Berdasarkan kenyataan daripada Salihin, 28, dia amat berang apabila melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas lalu memarahi mangsa dan menumbuk perut mangsa berkali-kali.
Saya amat berang melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas, saya memarahinya lalu menumbuk perutnya berkali-kali
Tidak lama selepas itu, anak tirinya memberitahu hendak ke tandas dan Salihin, 28, menyuruhnya untuk pergi sendiri. Apabila tertuduh pergi semula ke tandas, dia menemui lagi tompokan urin di atas lantai. Terlalu berang dengan keadaan tersebut, Tertuduh bertindak menolak mangsa ke lantai lalu menendang dan menumbuk mangsa berkali-kali di perut tanpa mempedulikan tangisan kanak-kanak tersebut.
Ketika malam, kanak-kanak tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya dan muntah dibahagian sofa. Keadaan ini berlarutan sehingga keesokan harinya. Kekasaran tidak berhenti disitu sahaja, Salihin, 28, juga telah menjolok tekak mangsa apabila dia mengalami kesukaran untuk muntah sehingga kanak-kanak itu jatuh pengsan.
Sejurus itu, anggota paramedik telah tiba pada jam 9.17 pagi pada 2 September 2018 dan mendapati bahawa kanak-kanak itu tidak bernafas lagi. Mereka juga turut mengesan lebam pada muka mangsa. Berikutan perkara tersebut, mangsa telah dibawa ke Hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.12 pagi.
Tertuduh ketika ini sedang menjalani perbicaraan dan akan disambung semula pada hari rabu nanti. Selain itu, pihak pendakwaann akan mengemukkakan bukti daripada 58 saksi.
Jika disabit kesalahan, Salihin, 28, bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan.
Diharap pelaku akan mendapat balasan yang setimpal dengan kezaliman yang dilakukan.
No comments: