Suami ditikam isteri sehingga maut


Seremban: Lelaki maut dipercayai ditikam isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan RK 6/2, Rasah Kemayan, Seremban 2, di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 55 tahun ditikam di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian daripada anak mangsa yang juga saksi kejadian.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki jam 4.11 petang memaklumkan bapanya ditikam di lokasi kejadian.

"Polis yang bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan awal pada mayat mangsa, Poh Seng Hiap dan terdapat dua kesan tikaman di dada kiri serta pinggang kiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, dua daripada anak pasangan berkenaan berada di lokasi dan menjadi saksi kejadian.

"Susulan kejadian itu, kami menahan wanita berusia 55 tahun yang juga isteri kepada mangsa di lokasi kejadian dan merampas sebilah senjata tajam dipercayai digunakan ketika kejadian.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat esok," katanya.

Suami ditikam isteri sehingga maut Suami ditikam isteri sehingga maut Reviewed by OH! GILA MEDIA on 5:22 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.