Kantoi curang, isteri hent4k muka suami dengan tong gas & kel4r lehernya dengan golok ditemui dalan keadaan tragis


Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki ini. 

 
Sudahlah rumah tangganya yang dibina sejak 20 tahun lalu hancur kerana orang ketiga, malah si isteri tergamak menyerangnya menggunakan tong gas dan mengelar lehernya dengan senjata tajam hanya kerana membongkar kecurangan wanita itu. 
 
Mangsa yang hanya dikenali sebagai IH, 44, dipukul dengan tong gas lalu dikelar oleh isterinya, ES, 34, di rumah mereka di Jawa Timur dalam kejadian yang berlaku pada Khamis 20 Januari lalu. 
 
Berdasarkan keterangan si isteri, mereka selalu bergaduh selepas suaminya mendapat tahu dia curang. Malah dia mendakwa pernah menerima ancaman bunuh dari suaminya. 
 
Bimbang dengan keselamatan diri, si isteri kemudian bertindak awal dengan menyerang mangsa yang sedang tidur di waktu malam. Dia memukul muka suaminya menggunakan tong gas dan mengelar leher mangsa dengan golok sehingga maut. 
 
Suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut, manakala mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. 
 
Polis turut merampas tong gas dan senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
Kantoi curang, isteri hent4k muka suami dengan tong gas & kel4r lehernya dengan golok ditemui dalan keadaan tragis Kantoi curang, isteri hent4k muka suami dengan tong gas & kel4r lehernya dengan golok ditemui dalan keadaan tragis Reviewed by OH! GILA MEDIA on 4:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.