Pelanggan dikompaun RM900 tak kemas meja lepas makan


Bila berkunjung di restoran, tak sedikit di antara kita yang hanya tinggal meja makan dalam keadaan bersepah dengan sisa makanan. Menganggap kebersihan meja tersebut tanggungjawab pihak premis, maka ramai yang pilih untuk biar meja berselerak begitu saja.

Kalau di Malaysia, mungkin korang boleh terus angkat kaki lepas makan dan tinggal je meja yang kotor tu, tapi tidak di Singapura.

Mulai 1 Januari 2022, pelanggan pusat makanan (foodcourt) dan kedai kopi di Singapura akan dikompaun jika tidak membersihkan meja mereka sebelum pergi dari premis.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), ia termasuk tinggalkan tisu terpakai, straw, pembungkus, tin minuman, botol plastik dan sisa makanan.

Peraturan ini akan berkuatkuasa bermula dua bulan dari tempoh makluman dari 1 November hingga 31 Disember. Dalam tempoh ini, tiada tindakan yang akan diambil terhadap pelanggan yang gagal membersihkan meja sebelum meninggalkan premis.

Mei lalu, NEA turut mengumumkan penguatkuasaan yang mengarahkan pelanggan memulangkan semula alat-alat makan di tempat yang ditetapkan serta membersihkan sisa makanan di meja mereka.

Memetik laporan Utusan, pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis manakala pesalah kali kedua akan didenda S$300 atau kira-kira RM900. Individu yang melakukan kesalahan berulang kali berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 17(1) Akta Kesihatan Persekitaran Awam (EPHA).

Pelanggan dikompaun RM900 tak kemas meja lepas makan Pelanggan dikompaun RM900 tak kemas meja lepas makan Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.