Ramai Pelik, Individu Ini Dedahkan Kenapa Polis Tak Boleh Tngkap Budak R0hingya Minta Sedekah Secara Paksa

Tindakan golongan imigran mengvtip sedekah di persimpangan lampu isyarat menimbulkan kegelisahan warganet kerana menerusi klip-klip rakaman yang tular di media sosial ia memaparkan keganasan oleh golongan tersebut.

Seorang warga net, khrln_ memuat naik gambar golongan tersebut menerusi akaun Twitter dan memaklumkan sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun pihak berkuasa itu tidak dapat mengambil tindakan.

Jelasnya, golongan pelarian yang mengutip derma di kawasan berbahaya itu mempunyai kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) hingga menyebabkan tiada tindakan boleh diambil kepada golongan tersebut.

“Nak pergi Ampang Point tadi pun kena. Hubungi bilik gerakan PDRM diorang cakap tak boleh buat apa, PDRM tidak boleh tahan mereka sebab diorang ni ada kad UNHCR.

“Jabatan kerajaan terlibat kena duduk semeja bincang dan cari penyelesaian tentang isu ini. Ke nak tunggu budak-budak tu nak kena langgar baru ada tindakan? Nanti yang melanggar pula dipersalahkan,” ciapnya menerusi laman Twitter.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap golongan tersebut yang secara terangnya membahayakan diri sendiri dan pengguna-pengguna jalan raya lain.

“Tak boleh buat apa? Hello, sudah mengganggu lalu lintas kot…yang jual mangga asam boi tu siap saman lagi kan…yang ni takkan tak boleh buat apa?” ciap nodame92.

“Sepatutnya jabatan mana yang berkenan terangkan kat berita kelebihan kad UNCHR ni. Apa yang boleh apa yang tak boleh. Tak ada la PDRM pening kejap boleh kejap tak boleh. Dulu aku sebagai penyelia dia orang pun pusing apa yang boleh apa tak boleh,” ciap SyahaizatS.

“Ada kad UNCHR pun boleh tahan untuk kes selain dari kes imigresen. Tahan bukan sebab diorang langgar undang-undang imigresen, tetapi melanggar undang-undang sebab mengganggu ketentraman dan melakukan khianat,” ciap axavier_93.

“Eleh letak kereta tepi jalan sikit dah kena saman, ni budak ni asyik berkeliaran tunjuk jari tengah sana sini, mengganggu lalu lintas pula tu PDRM tak boleh buat apa?” ciap ImiaNurliyanaa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Pelik, Individu Ini Dedahkan Kenapa Polis Tak Boleh Tngkap Budak R0hingya Minta Sedekah Secara Paksa Ramai Pelik, Individu Ini Dedahkan Kenapa Polis Tak Boleh Tngkap Budak R0hingya Minta Sedekah Secara Paksa Reviewed by OH! GILA MEDIA on 11:37 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.