Dipengaruh rasa cemburu, lelaki ini tergamak meragut nyawa bakal isterinya sendiri, malah menyetubuhi mayat mangsa.
Penahanan suspek di Bengkulu, Indonesia pada 8 Januari lalu membongkar misteri kematian seorang janda yang ditemui mati pada Disember lalu.
Suspek yang dikenali sebagai Rusdi, 42, berjaya ditahan selepas polis mendapati dia mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan janda berusia 42 tahun itu.
Mangsa ditemui sudah tidak bernyawa di rumahnya pada 21 Disemberlalu. Siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh oleh bakal suaminya sendiri. Malah beberapa barangan berharga milik mangsa dan juga motosikal turut dilarikan.
Difahamkan, mangsa dan Rusdi sudah lama menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Namun, Rusdi yang dipengaruhi rasa cemburu nekad membunuh bakal isterinya sendiri.
Sebelum kejadian itu, mangsa menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang membuatkan dia berubah fikiran dan mahu membatalkan rancangan untuk berkahwin.
Cemburu dan bengang dengan mangsa, terlintas di fikiran Rusdi untuk membunuh mangsa.
Rusdi berkelakuan seperti biasa dan mengajak mangsa makan mi. Selesai makan, mangsa baring kepenatan dan ketika itulah suspek membunuh mangsa dengan menggunakan parang yang ditemui di depan rumah mangsa.
Lebih kejam, Rusdi merogol mayat teman wanitanya yang sudah tidak bernyawa itu sehingga puas.
Sebelum melarikan diri, Rusdi mengikat tangan dan kaki mangsa serta menyelerakkan rumah itu kononnya mangsa telah dirompak. Rusdi turut melarikan beberapa barang berharga dan motosikal mangsa.
Ekoran perbuatannya itu, Rusdi bakal berdepan dengan tindakan undang-undang kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.
Sumber: Sosok
Bengang plan nak kahwin dibatalkan, Rusdi bunvh & ratah may4t bakal isteri hingga puas
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
9:44 PM
Rating:
No comments: