Cerita Sebenar Ramai Meninggal di Hospital Sultan Ismail Bekalan Terputus


JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafi dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa terdapat ramai pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini meninggal dunia akibat terputus bekalan oksigen ekoran terputus bekalan elektrik semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, gangguan bekalan elektrik berlaku pada jam 11.10 malam, namun bekalan kuasa masih beroperasi sepenuhnya yang dijana daripada generator.
"Tindakan awal pemeriksaan telah dijalankan syarikat konsesi yang mendapati 'air circuit breaker' dalam keadaan trip. Punca gangguan telah dikenal pasti dan kerja pembaikan telah dijalankan.
"Kerja penyambungan semula bekalan diteruskan sehingga pukul 9 pagi (hari ini) manakala pada pukul 9.30 pagi, bekalan elektrik kuasa normal telah dipulihkan semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular dakwaan pengguna akaun 'Nama Saya Ana' yang mengatakan terdapat ramai pesakit maut akibat terputus bekalan oksigen ekoran masalah gangguan bekalan elektrik di hospital berkenaan.
"Kejadian malam semalam di HSI ramai nyawa terkorban kerana kurang oksigen. Tiada bekalan elektrik daripada pukul 11 malam sampai sekarang.
"Telinga saya menjadi saksi suara mohon bantuan, akhirnya mereka mati. Ampun tuanku, mohon bantu kami di HSI," dakwanya.
Dr. Aman memberitahu, kejadian yang berlaku itu tidak melibatkan sebarang implikasi besar kepada penjagaan dan perawatan pesakit di wad terlibat.
"Pihak pengurusan ingin memaklumkan tiada kematian yang disebabkan oleh insiden bekalan elektrik terputus ini," ujarnya.
Cerita Sebenar Ramai Meninggal di Hospital Sultan Ismail Bekalan Terputus Cerita Sebenar Ramai Meninggal di Hospital Sultan Ismail Bekalan Terputus Reviewed by OH! GILA MEDIA on 5:45 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.