KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim JDT tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau Selatan dalam aksi final Piala Malaysia berdepan Kuala Lumpur City KL City di Bukit Jalil.
Ia selepas netizen menuntut individu berkenaan menunaikan janji untuk berb.ogel dari Kuala Lumpur KL hingga ke Johor sekiranya KL City mengalahkan JDT dalam aksi final yang berlangsung Stadium Nasional.
Reaksi Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad menasihatkan individu yang berjanji akan berb.ogel demi tujuan tertentu supaya melupakan terus hasrat pelik tersebut.
Menurutnya, janji pelik sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan sahaja tidak berfaedah, malah melang.gar ajaran Islam yang menetapkan had batas aurat.
“Tidak sepatutnya buat begitu, memanglah konon semangat sukan kerana sokong pasukan tertentu tetapi dari segi syarak, dia tidak perlu melaksanakannya walaupun berjanji,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jakim bersama 28 pemimpin korporat milik kerajaan (GLC) Malaysia 2021 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, pada Khamis.
Tunaikan Nazar
Seorang lelaki yang sebelum ini berjanji akan berb.ogel dari Kuala Lumpur hingga ke Johor sekiranya Kuala Lumpur City dapat menewaskan Johor Darul Takzim dalam perlawanan Liga Perdana baru-baru ini telah tampil untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Lelaki terbabit turut bernazar untuk memberi tinted percuma di sebuah surau yang tidak dinyatakan lokasinya.
“Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ni, saya berjanji tak akan mengulanginya lagi.
“Dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada sebuah surau, saya harap rakyat Malaysia boleh memaafkan saya,” katanya.
Video yang dimuat naik di akaun TikTok tintedoffer2 sekitar tiga jam lalu itu telah mendapat hampir 500,000 tontonan.
Lelaki terbabit sebelum ini memuat naik satu video berdurasi 34 saat berkata.
Kredit : Mstar
No comments: