"Gara2 Malu Anak Luar Nikah " - Bayi 3 Bulan Ditumbuk, Disepak, & Dipatahkan Kaki Hingga Maut Bapa Kandung Sendiri
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas didera oleh bapa kandungnya sendiri kerana malu dengan status anak tersebut yang merupakan anak luar nikah.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu 27 April lalu di Jakarta Barat, Indonesia, mangsa meninggal dunia ketika di bawah jagaan bapa kandungnya yang hanya dikenali sebagai MS, 23.
Pada waktu itu, ibunya, 'SK', mangsa keluar ke pasar dan menyerahkan mangsa, KQS kepada suspek untuk dijaga. Apabila SK kembali, dia terkejut bila mendapati KQS sudah tidak bernyawa dan suaminya mendakwa mangsa tersedak susu sebelum mati.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan ketika doktor melakukan pemeriksaan, timbul rasa curiga dengan keadaan mangsa lalu menasihatkan SK membuat laporan polis.
Polis kemudian menahan suspek dan disoal siasat. MS mengaku telah membunuh mangsa kerana malu dengan statusnya yang merupakan anak luar nikah dan percaya ia akan membawa malang kepada keluarga. Dia juga mengaku dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perkara itu.
Difahamkan, bayi perempuan itu merupakan anak luar nikah hasil hubungan MS dengan SK sebelum berkahwin dan saat SK mengetahui dirinya hamil, dia telah mengugut suaminya yang dia akan curang sekiranya MS enggan bertanggungjawab ke atas kandungannya itu. Suspek yang tidak mahu wanita kesayangannya jatuh ke tangan lelaki lain, kemudian bersetuju untuk berkahwin dengan SK.
Namun bagi MS, dia masih berasa malu mempunyai anak luar nikah dan berkali-kali memberitahu isterinya bayi itu akan membawa sial dalam keluarga di kemudian hari. Malah sebelum bersalin, dia juga pernah menasihatkan SK untuk mengugurkan kandungannya. Tetapi ditolak dengan tegas oleh SK.
Sejak KQS berusia sebulan lebih, MS kerap menderanya sehingga pada hari kejadian, MS mendera anaknya dengan mematahkan kaki, punggung, menggigit wajah kiri mangsa sehingga meninggalkan kesan, dipukul dan ditumbuk tepat di muka menyebabkan hidung mangsa hancur serta bibirnya pecah.
Tangan dan kaki mangsa turut dipatah, ditarik, dipulas berulang kali sehingga bunyi 'krek' barulah MS berhenti meneruskan perbuatannya itu.
Polis tidak menolak kemungkin suspek bertindak kejam kerana terpengaruh dengan cakap-cakap orang dan maklumat yang tidak tepat di Google.
Sumber: Akurat
"Gara2 Malu Anak Luar Nikah " - Bayi 3 Bulan Ditumbuk, Disepak, & Dipatahkan Kaki Hingga Maut Bapa Kandung Sendiri
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
8:31 AM
Rating:
No comments: