‘Kami menyesal, toIong jangan buat report poIis tak sengaja’ – Suspek kes buli dah goyang, mula merayu minta maaf



Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular di media sosial sehingga menerima kecaman orang ramai.

Menerusi beberapa video yang berdurasi 13 hingga 30 saat itu, seorang remaja dilihat menjadi mangsa buli apabila dia diminta

untuk berdiri tegak sebelum ditendang di bahagian belakang badan serta ditumbuk beberapa kali di perut oleh beberapa remaja lain.

Menurut lelaki yang memuat naik video tersebut di akaun Facebooknya, Faez Hamzah, beliau menjelaskan terdapat beberapa remaja yang ingin menjadi gengster dan menunjuk taring sedangkan ibu bapa remaja terbabit menghantar mereka ke asrama untuk belajar hingga berjaya dalam pelajaran.

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam oleh individu yang berada

“Hero-hero Malaya sudah tunjuk taring, mak bapa hantar pergi sekolah asrama belajar bagus-bagus untuk menjadi orang yang berjaya, tapi nak menjadi gengster masing-masing nak tunjuk gengster ye, cukup la banyak kes yang telah jadi sebelum-sebelum harap cepat-cepat la insaf,” ujarnya dengan meletak tanda pagar #kuasaviral di hantaran tersebut semalam.

Rata-rata pengguna laman Facebook berang terhadap tindakan semua remaja tersebut yang melakukan tindakan membuli secara beramai-ramai terhadap seorang pengguna serta meminta tindakan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan segera.

Menurut seorang pengguna bernama Atiqah Harun, dia berpendapat tindakan membuli semua remaja itu akan merugikan masa hadapan mereka di usia muda mereka dan akan dipandang serong oleh masyarakat.

“Elok dapat belajar bebas dapat balik kampung jumpa mak ayah,masa depan dah ada jalan depan sikit lagi, tapi dah masuk ke dalam (penjara) nanti, dah tak merasa dah semua kebebasan tu dik, bila dah keluar pun orang akan pandang serong, keluarga kamu pun akan dihina,” jelasnya.

Pengguna lain dengan nama Ramlah Yusuf berkata, dia amat geram melihat perbuatan lagak gengster semua remaja tersebut yang tidak berlaku pada zaman persekolahan di era tahun 70-an dahulu.

“Elok dapat belajar bebas dapat balik kampung jumpa mak ayah,masa depan dah ada jalan depan sikit lagi, tapi dah masuk ke dalam (penjara) nanti, dah tak merasa dah semua kebebasan tu dik, bila dah keluar pun orang akan pandang serong, keluarga kamu pun akan dihina,” jelasnya.

Pengguna lain dengan nama Ramlah Yusuf berkata, dia amat geram melihat perbuatan lagak gengster semua remaja tersebut yang tidak berlaku pada zaman persekolahan di era tahun 70-an dahulu.

Lagi perkembangan terkini mengenai kes buli seorang pelajar di asrama sebuah sekolah di Perak.

Susulan dari penularan video kes buli tersebut, beberapa pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes itu tampil membuat permohonan maaf melalui aplikasi WhatsApp dan merayu bermati-matian agar ibu bapa mangsa tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kami semua nak minta maaf sangat-sangat dekat pihak kau terutama Shaantesh (mangsa), ibu bapa Shaantesh dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat itu salah sangat-sangat.

“Tolong sangat-sangat, kami merayu pada tuan dan puan Shaantesh jangan buat laporan polis sebab kami memang sangat-sangat menyesal,” kata salah seorang suspek.

Terdahulu seorang pengguna Twitter mendedahkan, antara pelajar yang terbabit dalam kes buli itu merupakan remaja berusia dari 13 hingga 15 tahun.

Perakam video yang dikenali sebagai Zaf juga tampil memohon maaf di atas tindakannya membuat rakaman video tersebut. Malah dia juga merayu agar mangsa tidak membuat laporan polis serta berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi selepas ini.

“Santesh, aku Zaf nak minta maaf sebab mengaibkan kau, sebab record kau apa semua. Aku harap sangat-sangat, tolonglah jangan report polis. Please la Santesh. Kau saja harapan, weh sumpah lepas ni kitorang tak kacau kau dah.

“Apa je lagi do, satu Malaysia dah cari kitorang Santesh. Pleaselah, tolonglah maafkan kitorang. Banyak benda yang kami semua nak kena hadap. Aku kat situ, sumpah aku tak sentuh kau. Aku record je do, aku tak berani sentuh kau. Tolonglah, maafkanlah kami,” katanya.

Sementara itu, suspek yang lain berharap pihak keluarga Santesh sudi berjumpa agar mereka dapat membuat permohonan maaf secara bersemuka.

Bagaimanapun tindakan semua suspek yang terbabit dalam kes itu sudah terlambat berikutan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan kertas siasatan telah dibuka.

 

Sumber: TheReporter, Twitter Jabatan Netizen Malaysia

‘Kami menyesal, toIong jangan buat report poIis tak sengaja’ – Suspek kes buli dah goyang, mula merayu minta maaf ‘Kami menyesal, toIong jangan buat report poIis tak sengaja’ – Suspek kes buli dah goyang, mula merayu minta maaf Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.