Permintaan Terakhir Gmie Screen Yang Arwah suruh dirahsiakan, Ini Permintaan Arwah Yang Rakan Artis Tak Tahu
BERITA sedih pemerg1an penyanyi Gmie Screen turut memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan artis terutama kawan baiknya, Amy Ukays.
Amy atau nama sebenar, Azmi Hassan, 48, berkata, dia mengetahui keadaan kesihatan arw4h meros0t sejak sebulan lalu namun meminta perkara itu dirahsiakan daripada umum.
“Saya sebenarnya dah lama tahu yang Gmie sakit, cuma waktu itu dia tak war-warkan pada orang ramai dan minta kami rahsiakan perkara tersebut.
“Ramai kawan-kawan yang nak datang berjumpa dengannya, tetapi dia tak benarkan sesiapa datang melawat sebab tak nak kawan-kawan susah hati kerana dia.
“Saya pegang janji itu sampailah dapat berita 2.30 pagi tadi (Jumaat) yang dia telah men1nggal dun1a,” katanya kepada mStar.
Gmie menghembuskan nafas pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim men1nggal dun1a pada usia 50 tahun akibat peny4kit buah pinggang berlub4ng.
Zamani antara rakan artis yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor kira-kira 10.30 pagi Jumaat.
Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Nizam Laksmana, Zamani Slam, Hadi Fashla, Wan Screen, Zack Budak Kaca Mata dan Ali Terrarossa.
Allahyarham meninggalkan isteri, Siti Royani Gumari dan lima anak.
Berkongsi pengalamannya sepanjang mengenali arw4h, kata Amy, Gmie adalah seorang sahabat yang baik dan tidak pernah somb0ng walaupun popular.
Dia minta saya tolong sampaikan salam kepada kawan-kawan, selepas itu saya terjaga dan baca WhatApps yang dia sudah pergi.
FUAD SYAHRIN MISBAH
PENGURUS GMIE SCREEN
“Sedih juga bila dapat tahu, tapi mungkin sudah tiba ajalnya. Kami berkawan rapat sejak tahun 1996 dan terlalu banyak kenangan kerana sebelum ini banyak buat persembahan bersama.
“Pemergiannya itu seperti satu kehilangan permata sinar dalam industri seni, kerana dia seorang penyanyi yang bagus dan ada suara yang sedap.
“Arw4h ni peramah, jujur, baik dan kalau berkawan dia memang ikhlas. Tak somb0ng dengan orang lain walaupun dia popular,” ujarnya.
Sementara itu, pengurus arw4h, Fuad Syahrin Misbah berkata, Allahyarham hadir dalam mimpinya pada malam Jumaat sebelum dia menerima berita men1nggal dun1a.
Jenaz4h sampai ke Tanah Perkbur4n Islam Sijangkang kira-kira pukul 10.30 pagi.
Katanya, dalam mimpi itu, arwah berbaju serba putih dan berada dalam keadaan sihat sambil meminta menyampaikan pesanan kepada kawan-kawan.
“Malam tadi sebelum saya dapat berita dia men1nggal dun1a sebenarnya saya ada mimpikan dia. Dia datang dalam mimpi dalam keadaan bersih dan tak nampak s4kit pun.
“Dia minta saya tolong sampaikan salam kepada kawan-kawan, selepas itu saya terjaga dan baca WhatApps yang dia sudah pergi,” ujarnya.
Fuad yang bekerja dengan Gmie sejak 2016 menyifatkan Allahyarham seorang yang baik dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain.
“Saya kerja dengan dia sejak GV3 tapi kami saling mengenali pada tahun 90 lagi, dia seornag yang sangat baik dan sentiasa gembira,” ujarnya.
Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta.
Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim (ketiga GV3) terbitan Astro pada 2016.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
No comments: