“Mohon kenalkan saya dengan wanita cantik ni, Saya sanggup bela anaknya, Iqbal serius nak berkenalan dengan Lucinta Luna



SELEPAS mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat.

Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi.

“Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat.

“Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar.

Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang sarat mengandung.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan.

“Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia.

“Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.

“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya.

Sanggup Bela Bayi Kepada ‘Wanita’ Tersebut

Menerusi posting di Instagram, Iqbal meminta orang ramai untuk perkenalkannya kepada wanita tersebut yang dikatakan mahu melahirkan anak, namun bapa kepada bayi tersebut telah menghil4ngkan d1ri.

“Beberapa hari ini saya selalu lihat gambar wanita ini. Katanya sekarang mahu lahirkan anak namun bapanya menghil4ng. Jika sesiapa kenal, mohon perkenalkan ya. Saya sanggup bela anaknya.”- tvlis Iqbal

Iqbal bersedia mahu jadi bapa angkat.



Hati Iqbal terbuka untuk ambil anak angkat.

Tambahnya lagi, dia ingin berkenalan dengan ‘wanita’ tersebut dan bukan terus berkahwin kerana akui hatinya masih belum pulih kesan daripada hubungannya bersama bekas majikan yang juga jutawan kosmetik, Dato Sri Vida (DSV).

“Juga serius untuk berkenalan dengan wanita cantik ini (sekadar berkenalan sahaja bukan terus berkahwin kerana hati saya juga masih belum pulih). Terima klasih. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.”-katanya lagi

Tidak Kenal Siapa Lucinta Luna?

Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian adalah foto wanita h4mil yang dimuatnaik oleh Iqbal adalah selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang juga merupakan seorang transgender. Terdahulu, Lucinta pernah mengakui d1rinya h4mil anak kepada teman lelakinya yang berasal dari luar negara Selain itu, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah turut membuat pengakuan bahawa dia pernah menjual d1ri untuk melakukan pembed4han kel4min.

“Mohon kenalkan saya dengan wanita cantik ni, Saya sanggup bela anaknya, Iqbal serius nak berkenalan dengan Lucinta Luna “Mohon kenalkan saya dengan wanita cantik ni, Saya sanggup bela anaknya, Iqbal serius nak berkenalan dengan Lucinta Luna Reviewed by OH! GILA MEDIA on 4:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.