‘Pergi’ Ketika Berpantang, Suami Bawa Bayi Sambut ‘Anniversary’ Di Pusara Isteri
Sebelum ini pernah tular kisah seorang suami yang kehilangan isteri tersayang yang sedang berpantang melahirkan anak pertama mereka.
Isteri meninggal 40 hari lepas bersalin
Izrul Mat Taib telah berkongsi kisah isteri tersayang yang tidak sempat melihat anak sulung mereka membesar kerana di jemput Ilahi selepas 40 hari melahirkan.
Norehan Zainal meningg4l dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi d4rah beku di jantung tanpa melihat anak mereka, Annur Ayesha.
Sambut anniversary di pusara isteri
Selepas 8 bulan pemergian Norehan, Izrul telah membawa zuriat mereka ke pusara allahyarham bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Izrul menceritakan bahawa isterinya mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini kerana sudah bertiga, namun hajat tersebut tidak kesampaian.
Baru berkesempatan bawa baby
Dalam Facebook tersebut, Izrul memaklumkan bahawa dia baru berkesempatan membawa Annur Ayesha ke pusara ibunya kerana baru mendapat cuti demi menyambut ulang tahun perkahwinannya.
Dia juga sempat menitipkan doa agar roh isteri tersayang tenang di alam sana dan berharap agar suatu hari nanti mereka dipertemukan kembali di syurga kelak.
Kesiannya tengok baby
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Izrul itu, rata-rata warganet mengakui sebak dengan muat naik tersebut. Mereka juga berdoa agar lelaki itu tabah membesarkan anak tersayang dan berharap agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Tabahnya seorang suami
Sumber: Izrul Mat Taib
‘Pergi’ Ketika Berp4ntang, Su4mi Bawa B4yi Sambut ‘Anniversary’ Di Pusar4 Isteri
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
10:21 AM
Rating:
No comments: