“Best Dari Segi Ape?” Mat Salleh Always Power, Lelaki Melayu Dia Punya… – Lana Nodin

Beberapa tahun lalu perkahwinan aktres Lana Nodin dan jejaka ‘mat salleh’ menjadi bualan ramai, tambahan lagi suaminya David McKienzie merupakan pemain bola tampar olimpik.

Selain pujian menggunung, keputusan Lana untuk mengahwini lelaki berbangsa Inggeris turut mendapat kecaman ramai.

Antaranya seperti “macam dah tak ada lelaki Melayu dalam dunia ni!”, “kenapa tah suka sangat kahwin ‘Mat Saleh’?, “dah pupus ke lelaki Melayi kat Malaysia ni?”

Menerusi episod kelima Borak Kelamin yang bakal ditayangkan 9 malam ini, Lana sempat berseloroh dengan mengatakan lelaki ‘mat salleh’ sentiasa power berbanding lelaki Melayu.

“Lelaki ‘mat salleh’ always power! Lelaki Melayu khatam romantik dia tak sekhatam lelaki ‘Mat Saleh’ la.

“Lelaki Melayu kan dia propa lebih…Depan lain bila kahwin lain,” jawabnya sambil diperhatikan suami disisi.

Sementara itu, tetamu undangan, Peguam Sivil dan Syarie, Ashikin Rahim bagaimanapun berkata ada juga lelaki asing yang suka mengambil kesempatan dan memelvk agama Islam hanya kerana untuk berkahwin.

“Saya tak kata semua lelaki asing begitu, tetapi ada,” katanya sebelum mendedahkan mengenai statistik penceraian melibatkan pasangan kahwin campur.

Menariknya lagi dalam episod malam ini Awal turut bertanya kepada David samada berminat untuk berkahwin lebih daripada satu.

Apa agaknya reaksi David? Berani tak dia menjawab soalan tersebut di hadapan isteri tercinta? Jomtonton Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Lana Nodin dan David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie berkahwin pada 15 Mei 2015.

Pasangan ini diserikan dengan dua orang cahaya mata comel Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud Mckienzie, 2.

Umur dah 41 tahun, suami Lana Nodin tak kisah sama2 belajar agama dengan anak
Pelakon kelahiran Sarawak, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan antara artis Malaysia yang bernikah dengan ‘Mat Salleh’.

Dikurniakan dua orang cahaya mata, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie.

Malah pelakon filem Lagenda Budak Setan 2: Katerina itu juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga di media sosial buat tontonan para peminatnya.

Suami belajar agama dengan anak

Baru-baru ini, Lana telah memuat naik beberapa video suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.


Bersyukur dengan keluarga

Menerusi perkongsian tersebut, suami dan anaknya sedang mempelajari cara dan bacaan dengan betul ketika menunaikan solat.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh Lana, dia bersyukur mempunyai keluarga bahagia dan bangga dengan apa yang mereka sedang lakukan bersama.

Semua orang sekeliling mendoakan kalian

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif terhadap video-video yang dimuat naik.

Mereka juga memuji usaha Daud untuk mempelajari Islam dengan sebaiknya dan tidak segan belajar bersama-sama dengan anak sulungnya walaupun sudah berusia 41 tahun.

Semoga Allah berikan hidayah sepanjang masa

Sumber : kecohape
“Best Dari Segi Ape?” Mat Salleh Always Power, Lelaki Melayu Dia Punya… – Lana Nodin “Best Dari Segi Ape?” Mat Salleh Always Power, Lelaki Melayu Dia Punya… – Lana Nodin Reviewed by OH! GILA MEDIA on 10:12 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.