SUNGAI PETANI – Seorang penduduk di Taman Cengal Jaya di sini, masih tidak dapat melupakan kejadian mist3ri dikunjungi seorang lelaki warga emas berkain pelekat dan bert0ngkat pada pukul 6 pagi kelmarin.
K. Tiyagarajan, 64, atau mesra dipanggil Peter berkata, lebih meng3jutkan, lelaki itu yang masuk ke kawasan rumahnya dengan memanjat pagar mampu mendiamkan dua ekor anjing peliharaannya jenis Rottweiler.
Menurut peniaga alat ganti kenderaan itu, selepas berjaya masuk, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tersebut dilihat berlegar-legar di kawasan rumah.
“Sebelum itu, saya dengar bunyi salakan anj1ng, saya sangka musang masuk sebab rumah saya terletak bersebelahan kebun kelapa sawit.
“Biasanya anj1ng ini menyalak lama, tetapi keadaan itu tidak berlaku semalam (kelmarin) lalu saya intai melalui tingkap bilik di tingkat bawah yang terletak bersebelahan kandang haiwan tersebut,” katanya di sini semalam.
Peter melihat anjing peliharaannya jenis Rottweiler yang dikatakan diam selepas dikunjungi seorang lelaki mist3ri kelmarin.
Peter terk3jut apabila lelaki mist3ri itu turut mengintai lalu menj3rit memanggil dua anak lelakinya yang tidur di tingkat atas.
Jelasnya, dia nampak dengan jelas wajah warga emas itu yang did4kwa berlainan daripada orang biasa, manakala anjingnya pula hanya diam memerhatikan mereka tanpa menyalak.
“Saya bertanya kepada lelaki itu mengenai tujuannya dan minta dia beredar segera sebelum saya menghubungi p0lis.
“Dia beritahu mencari kakak kandungnya yang tinggal di sini dan mempunyai ilmu untuk mendiamkan anjing,” katanya.
Mendengar pengakuan itu, Peter dan isterinya, M. Mageswari, 74, semakin t4kut dan meminta anak mereka merakam gelagat lelaki tersebut.
Ceritanya, warga emas itu bukan penj3nayah kerana barangannya tidak dilarikan.
Peter menunjukkan kesan kotoran pada dinding pagar rumahnya.
“Dia sempat bertanya adakah urusan (merakam gambar) sudah selesai. Kemudian dia panjat pagar dan pergi ke kereta jenis Proton Iswara berwarna merah sebelum beredar,” katanya. Peter membuat lap0ran di Balai p0lis Sungai Petani.
Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima lap0ran.
Serbuan dilakukan di rumah lelaki itu di sebuah taman perumahan 4 kilometer dari lokasi kejadian semalam.
“Semakan mendapati dia yang tinggal bersama isteri dikatakan tidak w4ras dan tiada tind4kan diambil terhadapnya,” katanya.
Sumber:K! ONLINE
No comments: