Abang Sulung Fazura Sebagai Wali


Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan bintang filem Qaisy dan Laila itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut.



Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.



“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelas sumber yang sama.


Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.

Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di ke­diaman nenek Fa­zura itu hanyalah ken­duri doa selamat sempena pemergian pasangan ini ke Tanah Suci.



Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.

Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.

Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.

Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Abang Sulung Fazura Sebagai Wali Abang Sulung Fazura Sebagai Wali Reviewed by OH! GILA MEDIA on 9:19 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.